Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Arkib: Bulan November  2001
 
BERITA UTAMA

 

MPT keADILan: Lokman Noor Adam terpilih; Dr Badrul Amin Duduki Tempat Kedua

Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Lokman Noor Adam berjaya memenangi kerusi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada pemilihan pertama parti itu yang berlangsung di sini semalam. Kemenangan beliau melengkapkan kejayaan trio Kamunting pada pemilihan parti berkenaan. Pada hari pertama persidangan, Ezam M.Nor telah memenangi kerusi ketua pergerakan pemuda tanpa bertanding. Bagaimanapun keputusan yang agak mengejutkan ialah kemampuan seorang lagi bekas tahanan ISA, Dr Badrul Amin Bahron untuk menduduki tempat kedua kerusi MPT dengan meraih undi sebanyak 611. Menduduki tangga teratas MPT ialah ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Cini, Pahang, Jafri Hj Rashid dengan undi sebanyak 636.
-Laporan seterusnya

Wan Azizah:Tidak Benar Pimpinan keADIlan Dikuasai Bekas Ahli Umno
Presiden Parti Keadilan Nasional Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail nampaknya cuba meredakan spekulasi berlaku pergeseran antara puak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan bekas ahli Umno dalam pemilihan parti itu bila menafikan bahawa barisan kepimpinan baru parti itu dikuasai oleh bekas ahli Umno. Sekalipun agak nyata barisan bekas ahli Umno menyapu kebanyakan jawatan utama dalam pemilihan jawatan pemuda dan pimpinan pusat ,beliau menegaskan angapan itu tidak benar. Beliau ditanya oleh para wartawan diakhir persidangan tahunan ketiga parti itu mengenai kemenangan bekas anggota Umno seperti Abdul Rahman Othman untuk jawatan timbalan presiden dan Azmin Ali bagi jawatan naib presiden. Mengenai percantuman Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan parti itu Wan Azizah membayangkan kemungkinan keduanya bersatu di bawah satu simbol. "Saya membayangkan kemungkinannya," katanya .
-Laporan Seterusnya


Rahman Othman tewaskan M. Nur Manuty; Azmin menang kerusi naib presiden
Bendahari Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Abdul Rahman Othman berjaya menewaskan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Muhammad Nur Manuty pada pertandingan sengit merebut kerusi timbalan presiden yang dikosongkan oleh Dr Chandra Muzaffar. Beliau menang dengan majoriti 44 undi yang menyaksikan pertandingan sengit sebagai apa yang dikatakan oleh media massa pertarungan di antara bekas pemimpin Umno dengan Abim. Bagi tiga kerusi naib presiden yang dipertandingkan, calon-calon yang menang ialah ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Klang, Azmin Ali dan dua orang penyandang jawatan iaitu Tian Chua serta Datuk Sheikh Azmi Ahmad. Azmin, bekas setiausaha sulit kanan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menduduki senarai teratas untuk jawatan naib presiden dengan memperolehi 578 undi.
-Laporan Seterusnya

Harapan Wan Azizah pada DAP: Tegakkan semula pakatan pembangkang

Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggangap pengunduran DAP telah mengugat muafakat pakatan pembangkang dan berharap parti itu dapat bersatu semula dengan mereka bagi mengukuhkannya. Keadilan katanya sentiasa menghormati hak dan pendirian parti dalam menetapkan dasar masing-masing, termasuk Pas dengan Negara Islam dan DAP dengan Malaysian Malaysia. "Sumbangan dan pengorbanan pimpinan DAP khususnya Lim Kit Siang tetap kita hargai dan Keadilan akan terus menjalin kerjasama rapat dengan parti itu,”ujarnya.
-Laporan seterusnya

Adun Penanti menang pengerusi tetap Keadilan tanpa bertanding
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penanti, Pulau Pinang, Haji Abdul Rahman Abdul Kader telah berjaya memenangi jawatan pengerusi tetap Parti Keadilan Nasional (Keadilan) tanpa bertanding pada Perhimpunan Agung parti itu di sini hari ini. Beliau yang juga ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah diumumkan menang tanpa bertanding pada jam 5.10 petang ini. Beliau buat pertama kalinya dicalonkan untuk bertanding pada pilihanraya umum November 1999 di kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh dan berjaya menewaskan Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh Zulkefli Bakar.
-Laporan Seterusnya

Pemuda keADILan Bahas Gabungan Dengan PRM

Ucapan dasar Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Mohd Ezam Mohd Nor di Persidangan Agung Pemuda KeAdilan menyentuh pelbagai perkara. Ini termasuk isu negara Islam, kepentingan hak asasi manusia dan masa depan Barisan Alternatif (BA). Walau bagaimanapun, isu pergabungan Parti KeAdilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi fokus utama persidangan. “Bila kita lihat dia selalu menyatakan kononnya kemerosotan ekonomi negara adalah disebabkan orang asing dan gangguan ekonomi luar negara. Tapi sebenarnya, rasuah yang diamalkan oleh Dr. Mahathirlah menjadi punca kejatuhan ekonomi negara.” Dia juga memuji peranan yang dimainkan oleh golongan muda sebagai ‘kesedaran masyarakat’. Selain itu, Ezam juga memberi sokongan terhadap pergabungan KeAdilan dan PRM. Dia juga merujuk kepada pencapaian parti pembangkang di Sarawak dan meluahkan hasratnya yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan kembali bersama BA.
-Laporan seterusnya

Dua calon bukan Melayu menang undi tertinggi dalam Exco Pemuda Keadilan
Kemenangan dua calon bukan Melayu dengan memperolehi undi tertinggi dalam pertandingan kerusi exco Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) semalam telah membuktikan bahawa pemimpin bukan Melayu diterima dengan baik oleh para perwakilan pergerakan itu. Diong Chi Tzuoh mencatat sejarah dengan memperolehi undi tertinggi untuk kerusi exco dengan 285 undi diikuti oleh S Manikavasagam 277 undi dan bekas tahanan ISA, Abdul Ghani Haroon di tempat ketiga iaitu 271 undi. Sebelum itu, seorang lagi tokoh bukan Melayu, Low Chee Chong telah berjaya memperolehi undi terbanyak untuk mempertahankan kerusi naib ketua pemuda yang disandangnya sebelum ini dengan memperolehi 248 undi. Dua lagi kerusi naib ketua dimenangi oleh Zahid Md Arip (213 undi) dan Shamsul Iskandar Md Akin (172 undi).
-Laporan Seterusnya

Saifuddin Timbalan Ketua Pemuda dan Zahid Md Arip Naib Ketua Pemuda

Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas Saifuddin Nasution Ismail awal hari ini (12.30 tengah malam) telah diumumkan sebagai timbalan ketua pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang baru setelah beliau menewaskan penyandang jawatan Mustafa Kamil Ayub dengan kelebihan 78 undi. Mustafa memperolehi 138 undi manakala Saifuddin 216 undi. Satu undi diisytiharkan rosak. Jawatan ketua pemuda telah pun dimenangi oleh Ezam M. Nor tanpa bertanding. Ezam mencatat sejarah sebagai pemimpin Keadilan yang pertama memenangi jawatan yang dipilih ketika di dalam tahanan. Bagi tiga kerusi naib ketua pemuda, tiga calon yang sememangnya dijangka terpilih iaitu Low Chee Chong, Muhammad Zahid Md Arip dan Shamsul Iskandar Akin berjaya menewaskan tiga calon lain. Low mempertahankan jawatannya dengan memperolehi 247 undi diikuti rapat oleh Zahid yang mendapat 213 undi manakala Shamsul pula 172 undi.
-Laporan seterusnya

Kenyataan bersama Azmin Ali & Gobalakrishnan Kami kesal perselisihan faham kecil kami dalam mesyuarat MPT pada 5 November 2001 lalu telah diperbesarkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan dan mengeruhkan suasana menjelang pemilihan parti yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Kami mengakui berlaku pertikaman lidah antara kami namun tidak menjejaskan perhubungan kami sebagai sahabat dalam perjuangan jauh sekali untuk menghina mana-mana pihak atau kaum.

Jelas bahawa kejadian tersebut sengaja disensasikan oleh pihak media. Sebagai contoh laporan yang mengatakan ada pinggan yang beterbangan adalah palsu semata-mata kerana tidak ada makanan dan minuman sepanjang mesyuarat tersebut.

Kami sudah saling maaf-memaafi dan bersalaman sejurus selepas kejadian tersebut kerana kami menghormati perbezaan pendapat.

Kenyataan bersama,
Azmin Ali & Gobalakrishnan
7 November 2001

Dr. Badrul Amin dibebaskan dengan 6 syarat
Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA),Dr Badrul Amin Bahron yang dibebaskan semalam berkata beliau dikenakan enam syarat termasuk larangan memegang jawatan dalam parti politik dan menyertai perhimpunan atau ceramah umum.  Beliau memberitahu, syarat-syarat lain dalam perintah kediaman terhad itu ialah beliau hendaklah menetap di rumah di daerah Gombak, Selangor, dan melaporkan diri kepada balai polis daerah setiap minggu serta memberitahu polis tentang sebarang perubahan alamat kediaman. Dr Badrul ditahan pada 20 April kerana didakwa terlibat dalam gerakan militan untuk mengulingkan kerajaan, dan pada 13 Jun beliau menerima perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kemunting. Dr Badrul telah dihantar ke stesen bas Taiping dengan sebuah van polis dan di situ beliau disambut oleh beberapa orang penyokong parti itu termasuk ahli dewan undangan negeri kawasan Hulu Kelang,Azmin Ali.
Berita Seterusnya

Saifuddin Nasution Calon Popular Timbalan Ketua Pemuda keADILan
"Pemuda amat memerlukan "Pengganti Ezam" yang dapat mendepani secara responsif dan pantas isu - isu semasa, di mana ketiadaan Ezam atau penggantinya yang berkemampuan dikhuatiri akan memalapkan serangan - serangan yang berkesan kepada pihak pemerintah UMNO dan Barisan Nasional. Beliau kepada pemuda dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Begitu juga dengan perletakan jawatan Dr Chandra di mana ianya berlaku di ambang pemilihan pucuk pimpinan parti November ini. Ini disebabkan tiada kesinambungan terhadap usaha yang telah dipacu oleh Ezam. Kami bimbang kekosongan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti lawan dan Pemuda keADILan akan bertukar menjadi defensif, khususnya tatkala mainan media arus perdana yang makin menggila sekarang " kata seorang Ketua Pemuda Negeri yang menyokong kuat pencalonan YB Saifudin Nasution Ismail.
Berita Seterusnya

 
GELOMBANG PEJUANG REFORMASI
WADAH PERJUANGAN
BERITA ALTERNATIF
RENCANA keADILan
KENYATAAN MEDIA
PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN KE 3 keADILan

UCAPAN DASAR PIMPINAN keADILan P-A-T 3
(Ucapan Penuh)

PETIKAN UCAPAN DASAR PIMPINAN keADILan P-A-T 3

FOKUS SALAH GUNA KUASA KHIR TOYO

ARTIKEL

WAWANCARA

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net