Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

keADILan Tidak Tolak ABIM

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


KUALA LUMPUR: Perwakilan Keadilan di persidangan agung tahunan di Terengganu baru-baru ini tidak memilih pemimpin berdasarkan kumpulan tertentu, kata Naib Presiden, Datuk Sheikh Azmi Ahmad.

"Perwakilan kelihatan bijak. Mereka memilih pemimpin yang dilihat sebagai mampu menjalankan tugas dengan baik, sementara pemimpin yang dilihat gerak kerjanya kurang berkesan tidak dipilih," katanya.

Sheikh Azmi yang memenangi jawatannya sekarang pada pemilihan itu menyangkal tanggapan kononnya keputusan pengundian itu melambangkan 'Keadilan menolak tokoh-tokoh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim'.

"Tidak benar untuk mengatakan ahli ABIM ditolak. Saya sendiri memenangi kerusi Naib Presiden. Tokoh-tokoh ABIM Pusat yang terkenal seperti Mohamad Mustapha dan Dr Mohd Nor Nawawi turut memenangi jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)," kata Sheikh Azmi.

"Menurut pengamatan saya, sukar bagi seseorang untuk menang hanya daripada sokongan kumpulannya, kalaupun wujud kumpulan-kumpulan," tambahnya.

"Saya percaya ahli-ahli ABIM yang menjadi perwakilan turut mengundi Abdul Rahman Othman untuk jawatan Timbalan Presiden. Dr Mohd Nur Manuty pula seorang ulamak dan sarjana yang dihormati. Justeru itu, beliau tidak kalah teruk. Saya juga dimaklumkan terdapat perwakilan berketuruan Cina dan India serta bekas ahli-ahli Umno yang turut mengundi beliau."

"Mustahil Azmin Ali dan Tian Chua boleh mendapat tempat pertama dan kedua tanpa sokongan ahli-ahli ABIM yang menjadi perwakilan dalam persidangan lalu," jelas Sheikh Azmi.

"Saya fikir selain kewibawaan individu, perwakilan juga memilih dengan mempertimbangkan kesesuaian seseorang untuk sesuatu jawatan. Atau, antara dua calon yang bersaing, siapa yang lebih sesuai untuk jawatan tersebut."

"Isu menolak sesiapa atau sesuatu kumpulan tidak muncul sama sekali. Sekiranya saya bertanding untuk jawatan Presiden, saya pasti kalah. Ini bukan bermakna perwakilan menolak saya. Cuma jawatan tersebut lebih sesuai dipegang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail," hujahnya.

"Keadilan tidak menolak sesiapa. Sebaliknya Keadilan menerima semua, tanpa mengira bangsa, agama atau kumpulan. Keadilan bersifat merangkumi dan ia telah ditegaskan oleh Presiden dengan begitu berkesan dalam ucapan dasar."

Sheikh Azmi menggesa semua pihak menerima keputusan pemilihan awal bulan ini dengan berlapang dada. "Yang menang, jangan jadi sombong dan yang kalah, jangan terlalu kecewa. Keadilan sebuah parti yang sedang berkembang pesat. Justeru, ruang sentiasa berkembang untuk pelbagai peranan."

Ditanya tentang isu kabilah, puak dan aliran yang ditimbulkan oleh Wan Azizah dalam ucapan dasarnya, Sheikh Azmi berkata: "Teguran Presiden perlu diambil kira dengan serius. Saya tidak fikir Presiden menujukan isu itu kepada mana-mana golongan."

"Saya yakin Presiden menujukannya pada semua golongan. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk mengikisnya. Kita punya agenda besar. Jika kita tumpukan tenaga kepada agenda besar, sudah pasti isu-isu kecil (seperti ini) boleh kita lupakan."


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]