PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
“Sekatan Terhadap Badrul Amin Bermotifkan Politik,” Kata Timbalan Setiausaha Pemuda keADILan

Sevan Doraisamy

Sekatan yang dikenakan terhadap Badrul Amin selepas pembebasannya daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkan motif politik oleh pemerintah. Perkara ini dinyatakan oleh Diong Chi Tzuoh, Setiausaha Pemuda Parti Keadilan Nasional sambil meminta pihak polis membebaskan semua tahanan politik.

“Dr. Badrul Amin, Tian Chua, Ezam dan Lokman dan yang lain-lain, yang telah dituduh oleh pihak polis kerana mereka ada niat untuk menumbangkan kerajaan dengan senjata api. Tapi, setakat ini tiada bukti walau sedikit pun. Jadi, pada pihak kami, kami harap kerajaan atau pun pihak polis akan melepaskan mereka semua tanpa apa-apa restrictions (had).”

Diong dalam kenyataan akhbarnya memberitahu bahawa kerajaan mahupun pihak polis, ketiadaan bukti untuk menunjukkan mereka (tahanan ISA) terlibat dalam kegiatan militan atau pun memiliki bom buatan sendiri sebagai mana yang dituduh oleh Ketua Polis Negara, Norian Mai.

Badrul Amin, ahli majlis pemimpin tertinggi, Parti Keadilan Nasional dibebaskan daripada tahanan ISA pada Sabtu lalu tetapi dikenakan kediaman terhad oleh polis.

Diong juga menyatakan bahawa Badrul berada dalam keadaan sihat tetapi menurut Badrul, keadaan rakan-rakannya membimbangkan.

“Dia (Badrul Amin) dalam keadaan sihat dan semangatnya pun tinggi. Dia (Badrul) cuma menyebut ada beberapa rakan yang kesihatan mereka amat dibimbangkan terutama sekali saudara Lokman. Kami telah diberitahu oleh pihak kem (Kem Tahanan Kamunting), Lokman akan dihantar ke Hospital Taiping pada 16 haribulan November ini.”

Ahli keluarga tahanan ISA baru-baru ini sering mengadu mengenai keadaan kesihatan tahanan di kem Tahanan Kamunting.

(Radiq Radio)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]