Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Umno Ada Caranya Tersendiri Menangani Pemimpin-pemimpin Yang Terbabit Dengan Rasuah - Ezam
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

 

- Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Ezam Mohd Nor berkata semasa dalam Umno beliau tidak mendedahkan salahlaku pemimpin-pemimpin yang terbabit dengan rasuah kerana Umno mempunyai caranya tersendiri menangani isu itu.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini yang masuk hari kedua hari ini, beliau memberitahu hakim Wan Afrah Wan Ibrahim bahawa pada masa itu beliau juga tidak menganjurkan sidang media atau mengemukakan aduan kepada polis.

" Ini adalah kerana kebanyakan ahli Umno sudah mengetahui dakwaan terhadap dua orang pemimpin itu ( Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik). "Dakwaan mengenai salahlaku itu adalah isu yang menggemparkan semasa perhimpunan agung Umno berlangsung dalam tahun 1996, dan saya memainkan peranan mendedahkan perkara itu,"tambahnya.

Rafidah pada tahun itu gagal mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pergerakan Wanita Umno manakala Rahim kalah dalam perebutan jawatan ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Ezam yang dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(1)(i) Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan mengedarkan dokumen-dokumen yang menjadi rahsia rasmi di sidang media pada 12.45 petang, 6 November 1999,berkata demikian ketika diperiksa balas oleh timbalan pendakwaraya Vong Poh Fah.

Jika disabitkan, Ezam boleh dipenjarakan tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun.

Beliau menjadi ahli Umno sejak 1991 sehingga 1998 apabila bekas timbalan perdana menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dipecat oleh Perdana Menteri. Ezam adalah juga bekas setiausaha politik Anwar selama dua tahun.

Dalam pemeriksaan balas hari ini, Ezam memberitahu mahkamah bahawa beliau sedar yang dokumen- dokumen 'rahsia' tidak boleh diedarkan untuk pengetahuan awam.

Tetapi beliau menjelaskan,pengalamannya di dalam kerajaan menyebabkannya menggolongkan dokumen 'rahsia' itu kepada dua kategori, iaitu satu yang sensitif daripada segi keselamatan negara dan satu lagi maklumat yang mengenai amalan rasuah pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Tida ada sebab bagi dokumen kategori kedua itu dirahsiakan," tambahnya.

Perbicaraan Ezam ditangguhkan sehingga 26 Januari tahun depan. Beliau diwakili peguambela Raja Aziz Addruse dan Zainur Zakaria.

(Agenda Daily)


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]