Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Anwar Sangkal Dakwaan Annuar Musa Berkenaan Dollah Ahmad

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



- Bekas timbalan perdana menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Datuk Annuar Musa kononnya beliau (Anwar) pernah meluluskan projek dan dana bagi Tan Sri Abdullah Ahmad.
Dalam kenyataan yang diedarkan oleh peguamnya, Anwar juga menafikan yang beliau pernah didatangi bekas menteri pembangunan luarbandar,Annuar Musa yang meminta Abdullah Ahmad disokong menjadi duta khas Malaysia ke Bangsa-bangsa Bersatu.

Bekas TPM itu berkata beliau telah secara tidak adil diheret oleh Annuar Musa ke dalam perang mulut di antara Annuar Musa dan Abdullah Ahmad yang kini menjadi Ketua Pengarang kumpulan New Straits Times.

Dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 13 Nov, Annuar Musa mendakwa beliau telha merayu kepada Anwar supaya menyokong perlantikan Abdullah ke jawatan diplomat itu.

Abdullah pernah dilantik menjadi duta khas itu dari 1996 hingga 2000.

Dalam kenyataannya, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buluh turut menafikan yang beliau pernah selaku menteri kewangan pernah meluluskan projek dan dana bagi Abdullah-seperti yang didakwa Annuar Musa.

Peguam Anwar, Sankara Nair, berkata bagi pihak Anwar bahawa anak guamnya sangat kesal dengan tindakan yang tidak adil yang mengheretnya (Anwar) ke dalam perang mulut di antara dua tokoh yang bergaduh melalui perantaraan media itu.

Annuar Musa dan Abdullah masing-masing menulis di dalam media cetak mengenai salah pengurusan dana pembangunan rakyat termiskin (HPDF) yang didakwa di dalam akhbar-akhbar baru-baru ini.

Annuar Musa dalam rencana di dalam Utusan Malaysia mendakwa Abdullah mengeluarkan kenyataan yang membabitkan beliau (Annuar)dengan skandal itu.

Dalam kenyataan hari ini Anwar juga menjelaskan yang beliau mengarahkan supaya sebahagian daripada peruntukan Khazanah bagi projek pembangunan rakyat termiskin (RM200 juta daripada RM400 juta sepenuhnya)disalurkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia kerana beliau "sedar akan sikap Annuar Musa yang cenderung menggunakan projek-projek itu untuk matlamat politiknya".

"Khazanah sudah tahu sikap Annuar Musa terhadap projek-projek itu sejak 1995," kata Anwar lagi. Bekas TPM itu seterusnya mahu kerajaan menyiasat skandal itu secara menyeluruh kerana peruntukan yang sebesar itu telah dilesapkan semasa ia terletak di bawah jagaan seorang menteri.


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]