PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Lokman Adam Tidak Bertanding PAT3 Kerana Ugutan

Oleh : WR Crew

Terkini 12.15pm 6 November 2001 - Berita panas yang baru WR terima. Sdr. Lokman Noor Adam tidak akan bertanding dalam Persidangan Agung Tahunan Ketiga (PAT3) Parti KeADILan Nasional yang akan berlangsung pada 9-11 November ini di Kemaman Terengganu.

Menurut sumber yang WR terima. Sdr Lokman telah diugut oleh SB. Jika Sdr. Lokman bertanding pada PAT3 ini, maka beliau tidak akan dibebaskan dari tahanan ISA sepertimana Ust Dr Badrul Amin. Beliau akan bebas jika tidak bertanding.

Sdr Lokman telah menerima pencalonan yang paling tinggi dalam PAT3 iaitu sebanyak 62 pencalonan. Kini sah Sdr Lokman telah pun menarik diri dari PAT3. Sama-samalah kita tunggu samada Sdr Lokman dibebaskan atau sebaliknya. Ikuti WR untuk perkembangan selanjutnya.

WR Crew

(Web Reformis)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]