Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Raja Ahmad Akhirnya Lepaskan Kerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Miskin Perak

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


- Pengerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Miskin Perak, Raja Ahmad Aminollah Raja Abdullah akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa hujung bulan ini selepas isu mengenai kedudukannya itu hangat diperkatakan di Negeri Perak ekoran kemasukkannya ke dalam Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beberapa bulan lalu. Raja Ahmad, menerajui yayasan tersebut sejak penubuhannya pada bulan Oktober 1993. Beliau juga adalah bekas naib ketua Umno bahagian Ipoh Timur sebelum membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan bahagian parti berkenaan April lalu.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Raja Ahmad menjelaskan bahawa peletakkan jawatannya itu tidak kena mengena dengan sebarang tekanan kerana ia bukanlah satu jawatan politik malah yayasan itu bukanlah yayasan milik kerajaan.

Bagaimanapun beliau berkata, peletakkan jawatannya itu dibuat atas dasar prinsip.

Raja Ahmad yang juga bekas ahli lembaga pengarah Utusan Melayu berkata, beliau menyerahkan surat peletakkan jawatannya itu kepada pengasas yayasan tersebut iaitu bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib. Ramli kini adalah timbalan menteri pengangkutan.

Isu mengenai jawatan Raja Ahmad selaku pengerusi yayasan tersebut mula menjadi kontroversi apabila Menteri Besar Perak Datuk Sri Tajol Rosli telah melantik bekas anggota exco kerajaan negeri Datuk Mohd Zaim Abu Hassan sebagai pengerusi. Bagaimanapun selepas itu didapati pelantikan tersebut tidak sah kerana hanya pengasas yayasan yang berhak melantik atau membatalkan pelantikan.

Raja Ahmad menjawab, sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan tersebut atas dasar prinsip dan menambah "tidak ada orang yang boleh kekal atas satu jawatan selama-lamanya” . Malah katanya, peletakan jawatan itu akan membolehkannya menumpukan perhatian ke atas kerja-kerja amal yang lain.

"Saya percaya yayasan ini sebagai sebuah organisasi bukan politik perlu bebas dari elemen-elemen luar,” ujarnya lagi.

Raja Ahmad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan pelbagai kerja-kerja kebajikan dan seni yang lain dan penglibatannya dalam Keadilan hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada aktiviti hariannya.

Kepada satu soalan, Raja Ahmad bagaimana pun berkata, beliau akan terus kekal sebagai pengerusi Yayasan Kesenian Perak.

(Agenda Daily)


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]