Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Bekas Pemimpin keADILan Ingin Beri Peluang Kepada Muka Baru

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


KUALA Lumpur: Pemimpin-pemimpin keADILan yang menolak tawaran jawatan-jawatan lantikan menjelaskan bahawa keputusan mereka tidak ada kena mengena dengan perasaan 'kecewa' seperti yang didakwa, tetapi semata-mata untuk memberi peluang kepada muka-muka baru memainkan peranan di dalam parti.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa empat pemimpin keADILan - Dr. Muhamad Nur Manuty, Ruslan Kassim, Anuar Tahir dan Mustafa Kamil Ayub - menolak tawaran YB DS Presiden parti untuk dilantik mengisi kuota jawatan lantikan.

Menurut bekas Setiausaha Agung parti Anuar Tahir, mereka mengeluarkan kenyataan yang dilaporkan oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan bahawa mereka tidak pernah mengenakan tekanan kepada YB DS Presiden untuk melantik mereka, seperti yang diura-urakan.

Selain itu, ia juga bertujuan menjaga nama baik ABIM, organisasi yang mereka pernah anggotai yang akhir-akhir ini dilihat dalam konteks yang kurang sihat, jelas mereka lagi.

Sementara itu bekas Ketua Penerangan Haji Ruslan Kassim menyeru ahli-ahli parti supaya bersatu padu dan memberi peluang kepada pemimpin MPT yang baru dilantik untuk menjalankan amanah mereka.

Beliau juga mengulangi kenyataan pemimpin-pemimpin parti yang lain bahawa cabaran utama ialah memperkuatkan parti menjelang pilihanraya seterusnya.


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]