PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Teruskan Perjuangan Kata Dr Badrul Amin

Oleh : Wartawan WR

- Dr Badrul Amin yang dibebaskan dari tahanan ISA petang semalam melahirkan rasa kesyukuran diatas pembebasannya dan berharap teman-teman yang masih ditahan juga turut dibebaskan, katanya diluar Balai Polis Gambok petang tadi.

"Saya telah dikenakan perintah kediaman terhad, yang bermakna, saya tidak boleh keluar dari dearah Gombak kecuali dengan izin polis.

Saya juga perlu mendaftarkan diri di Balai Polis terhampir setiap Isnin sebelum pukul 6 petang. "Saya juga tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan politik atau kesatuan sekerja dan beberapa syarat lagi," katanya setelah keluar dari Balai polis Gombak setelah selesai melapor diri bersama-sama hampir 500 penyokong.

Beliau berkata, beliau akan mendapat nasihat peguam berhubung dengan syarat yang dikenakan kepadanya. Beliau telah menghubungi Datin Seri Presiden dan Datin Seri menasihati agar mematuhi syarat polis.

"Namun saya akan teruskan perjuangan bersama rakyat, keadah dan caranya kita akan beritahu kelak, Lawan tetap lawan," katanya yang diiringi dengan laungan reformasi dan Lawan Tetap Lawan oleh para penyokong beliau.

Turut bersama mengiringi Dr Badrul adalah isterinya Zumrah dan keluarga, Rustam A Sani, Ketua Pemuda Keadilan Kelantan, Zamaksari Ibrahim, kartunis Zunar, Aktivis reformasi Nasir Isa, Tan, dan bekas tahanan ISA pak Din dan Jonah.

Keadaan didepan Balai Polis Gambok terkawal dengan kehadiran lebih 500 penyokong reformasi. Tiada kawalan keselamatan oleh polis dan semua penyokong berkelakuan baik sewaktu menunggu Dr Badrul keluar dari Balai Polis Gombak.~WR Crew

(Web Reformis)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]