Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Hanafiah Man & Adlan Benan dilantik bendahari & setiausaha Pemuda Keadilan

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)




- Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Keadilan Nasional (Keadilan) semalam telah mengumumkan pelantikan barisan exco masing-masing dan serentak dengan itu menyeru ahli-ahli mereka mengatur dan merapatkan barisan menggerakkan jentera untuk persiapan pilihanraya akan datang.
Beberapa langkah ke arah itu telah diumumkan oleh Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Wanita Fuziah Salleh selepas mereka mempengerusikan mesyuarat pergerakan masing-masing di sini semalam.

Dalam sidang akhbar berasingan, Saifuddin mengumumkan pelantikan seorang lulusan Universiti Cambridge, United Kingdom Adlan Benan Omar sebagai setiausaha Pemuda Keadilan yang baru.

Jawatan tersebut sebelum ini telah disandang oleh naib ketua pemuda yang baru iaitu Muhammad Zahid Md Arip.

Adlan pada masa yang sama juga seorang kolumnis dalam organ rasmi Keadilan iaitu Berita Keadilan.

Pada masa yang sama, Saifuddin yang mula menjalankan tugas-tugas ketua pemuda secara tidak rasmi memandangkan Ezam M. Nor masih lagi ditahan di bawah ISA telah turut mengekalkan muka lama dan 'veteran' pemuda dalam Keadilan iaitu Hanafiah Man sebagai bendahari dan Ketua Pemuda Pulau Pinang, Johari Kassim sebagai ketua penerangan.

Kedua-duanya pernah bertanding pada pilihanraya umum lalu di Perak dan Pulau Pinang. Pada pemilihan pucuk pimpinan parti awal bulan ini, Hanafiah memilih untuk tidak bertanding sebarang jawatan manakala Johari pula tewas untuk kerusi naib ketua pemuda.

Hanafiah juga adalah bekas ketua pemberita Kumpulan Akhbar Utusan Melayu dan juga bekas pegawai media di Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda Umno Malaysia semasa era Datuk Ahmad Zahid Hamidi menerajui pergerakan tersebut.

Dua lantikan baru yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Keadilan ialah Mohd Rafizi Ramli dan Ahmad Shabrini Mohd Sidek sebagai exco tambahan.

Menurut Saifuddin ketua pemuda Keadilan negeri-negeri akan hanya dilantik selepas Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai mengumumkan pelantikan pengerusi Keadilan negeri-negeri.

"Langkah ini untuk memastikan semua ketua pemuda negeri dapat bekerjasama dengan pengerusi negeri-negeri yang baru,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Saifuddin juga membentangkan beberapa cadangan termasuk memperkukuhkan lagi jentera pentabiran parti untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Kami percaya pillihanraya umum akan datang akan diadakan sebelum tempoh matang Parlimen sekarang iaitu tahun 2004. Semua pemuda peringkat bahagian diminta menggerakkan jentera pilihanraya mereka,” katanya lagi.


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]