PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Ruang Mahkamah Penuh Dengan Pemimpin Dan Aktivis Reformasi

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 30 orang pemimpin pembangkang dan aktivis gerakan reformasi hadir dalam perbicaraan perhimpunan haram 'kes arsenik' di Mahkamah Majestrit Kuala Lumpur pada 8 Oktober lalu.

Lima daripada enam orang tahanan ISA iaitu Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam, Tian Chua, Dr Badrulamin Bahron dan Hishamuddin Rais.

Mahkamah penuh sesak dengan 29 orang tertuduh dan puluhan penyokong yang memenuhi ruang mahkamah pada hari tersebut.

Antara yang didakwa adalah Setiusaha Politik Ketua Pembangkang, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Parti Keadilan, Ruslan Kassim, Ketua Pemuda Parti Rakyat Malaysia, Faizal Sanusi, aktivis reformasi Malek Hussein dan lain-lain.

Semua mereka menghadapi tuduhan menghadiri perhimpunan haram di sekitar Masjid Negara pada September 1999. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh lebih 20 ribu orang ramai bagi menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang DiPertuan Agung.

Sebelum daripada itu, memorandum rakyat telah diserahkan kepada semua Sultan dan Yang DiPertuan Negeri bagi setiap negeri. Perhimpunan dan penyerahan memorandum ke-pada Yang DiPertuan Agung adalah penutup bagi siri penyerahan memorandum rakyat tersebut dan dihadiri oleh rakyat dari pelbagai negeri.

Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum itu dipercayai keracunan arsenik apabila rambut beliau sering gugur dan berat badannya susut mendadak. Air kencing beliau yang hantar untuk ujian di Australia disahkan mengandungi kandungan arsenik terlalu tinggi dalam darah beliau. Beliau kemudiannya dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sementara itu, turut hadir memberikan sokongan morol kepada semua tertuduh adalah YB Saifuddin Nasotion, bekas tahanan ISA Baharuddin Ismail dan Abdul Ghani Harun, Pengarah FAC Raja Petra Kamarudin, aktivis reformasi Nasir Isa, keluarga tertuduh dan penyokong parti pembangkang yang lain.

(BKO)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]