PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Ustaz Badrulamin Terus Bersemangat

Oleh Wartawan WR

Gombak: Ustaz Badrulamin yang dikenakan perintah kediaman terhad, terus bersemangat untuk berjuang apabila bersama-sama rakyat dalam program untuk tahanan ISA di Pejabat Keadilan Gombak, hari ini. Beliau yang tampil berbaju melayu serba hitam kelihatan tenang apabila menyampaikan ucapan.

Beliau tidak gentar kerana katanya tidak ada orang boleh menghalang saya dari berdakwah kecuali Allah. "ISA yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia itu telah saya rasai, jadi apa lagi cara untuk mereka mengugut saya, percayalah tidak akan berhasil kerana perjuangan ini adalah tuntutan agama yang saya anuti," katanya disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai.

Katanya, semangat dan dorongan teman-teman membuatkan beliau sendiri percaya bahawa beliau tidak berseorangan menghadapi tekanan dan ISA hanyalah ujian kecil bagi para pejuang.~WR Crew

(Web Reformis)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]