Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Ahli PBS Berlumba Sertai keADILan

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



KOTA KINABALU: Parti Keadilan Nasional di Sabah dijangka akan bertambah mantap selepas kemasukan ahli-ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) yang tidak bersetuju untuk menyertai Barisan Nasional.

"Kita menjangka kemasukan besar-besaran ahli PBS yang kecewa dengan langkah (presiden PBS) Datuk Pairin Kitingan itu. Kita tunggu dan lihat, biar rakyat Sabah sendiri menilai apa yang dilakukan oleh PBS," kata ketua perhubungan Keadilan Sabah, Saidatul Badru Tun Mohd Said, ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, sehingga kini Keadilan berada di 20 bahagian di Sabah dan parti sedang berusaha keras untuk menarik lebih ramai ahli untuk menghadapi pilihanraya negeri yang dijangka tidak lama lagi.

"Sebagai pembangkang di Sabah, kita perlu bekerja lebih keras bagi memastikan sasaran kita dalam pilihanraya tercapai. Proses pemantapan Keadilan Sabah sedang dilakukan dan kita mahu menggunakan semaksimum tenaga yang ada," katanya kepada Berita Keadilan.

Katanya, jentera-jentera pilihanraya telah diperkemaskan sejak pilihanraya kecil Likas. "Keadilan bersedia untuk menghadapi pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jika ia dibubarkan dalam masa terdekat ini."

"Daripada 48 kerusi DUN yang dipertandingkan, kita telah mempersiapkan jentera di kawasan-kawasan sasaran," tambahnya.

Menurut beliau, Keadilan sebelum ini berhasrat menguasai 27 kerusi DUN dan perundingan telah dibuat dengan PBS sejak pilihanraya kecil itu.

"Ketika kita sedang berunding, PBS nampaknya memilih untuk menyertai semula BN. Kita tidak berasa kecewa kerana itu hak mereka. Biar rakyat Sabah menilai keikhlasan dan perjuangan sebenar PBS," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Chong Kah Kiat melahirkan rasa bimbang dengan kehadiran PAS dan Keadilan di negeri itu. Menurutnya, PBS mudah dilembutkan tetapi kerjasama dua parti itu merisaukan BN negeri.

"Kita boleh meneutralisasikan (melembutkan) PBS kerana mereka memperjuangkan 'Sabah untuk rakyat Sabah".

"Dalam pilihanraya (negeri) nanti, kedudukan (BN) Sabah sangat genting," katanya, dalam satu wawancara khas dengan 'Buletin Malaysia', sebuah laman web rasmi Bahagian Ke-selamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri.

"Barisan Nasional negeri itu tidak kukuh seperti Sarawak. Sarawak benar-benar berada dalam kawalan kita," tambahnya.

"Kita kena pantau perkara (perkembangan) ini. Apa yang dikhuatirkan ialah, PAS dan Keadilan boleh mencapai cita-cita politik mereka di Sabah."



 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]