Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Komen Jawatankuasa Pemilihan: Tiada Masalah Semasa Pemilihan Berlangsung

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



KUALA LUMPUR: Pemilihan jawatan-jawatan penting Parti Keadilan Nasional berlangsung tanpa sebarang masalah, kata pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Abdul Rahman Adnan.

"Sehingga hari ini, tiada bantahan yang kita terima dari mana-mana pihak yang ber-tanding tempoh hari," katanya.

"Kami memastikan hanya perwakilan yang betul-betul layak mengundi dibenarkan."

Jawantankuasa itu akan menjadi pemutus bagi setiap perkara berbangkit. Ia bertanggungjawab ke atas kertas-kertas undi dan proses pengiraan undi.

Ditanya kaedah pengiraan undi yang dijalankan, beliau berkata, "bagi jawatan-jawatan utama, wakil calon akan dipanggil untuk melihat sendiri proses mengira undi dan mengesahkan setiap undi yang diperolehi oleh calon-calon."

"Kita tunjuk setiap helai kertas undi itu kepada wakil-wakil calon. Selepas mereka benar-benar berpuas hati, kita isytiharkan keputusan dan calon yang menang."

Mengulas kelewatan jawatankuasa itu mengumumkan keputusan lengkap pertandingan Pemuda dan Wa-nita, Abdul Rahman berkata jawatankuasanya kurang mendapat kerjasama yang diharapkan dari pihak Urusetia Persidangan.

"Kami sepatutnya dibantu oleh 20 orang sukarelawan. Namun sukarelawan tersebut tidak disediakan. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa bertungkus lumus mengira undi-undi tersebut. Ruang mengira undi yang disediakan sempit dan tidak selesa," katanya.

Ketelitian jawatankuasa itu agar tidak berlaku kesilapan mendorong proses pengiraan undi pada malam pertama agak lambat diketahui. "Pada malam seterusnya, kita mengira undi di ruang yang lebih besar serta selesa dengan petugas yang ramai," katanya.

Jawatankuasa Pemilihan dan Jawantankuasa Pemantau persidangan agung tahunan ketiga kini mendapat pujian dari akhbar-akhbar Cina.



 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]