Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Pemimpin keADILan Bidas Tindakan 4 Bekas Tokoh Abim Tolak Jawatan Yang Ditawarkan

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


Oleh ROZAID A RAHMAN


- Keputusan empat bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang enggan dilantik ke mana-mana jawatan tinggi parti tersebut sebagaimana yang diumumkan semalam telah dibidas sebagai ‘tindakan kurang matang’ dan ‘tidak wajar’.

Ahli Parlimen Kemaman yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan, Abdul Rahman Yusof ketika bercakap kepada para pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini membidas cara mereka berempat mengumumkan keputusan mereka untuk menolak sebarang pelantikan oleh presiden parti.

“Saya kesal kerana mereka memilih untuk menyatakan keputusan mereka melalui satu kenyataan akhbar dan bukannya kepada presiden parti…ini mengambarkan bahawa mereka tidak menerima keputusan para perwakilan dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

Semalam, empat tokoh utama Keadilan itu Dr Muhammad Nur Manuty, Mohd Anuar Tahir, Ruslan Kasim and Mustaffa Kamil Ayub telah mengumumkan dalam satu kenyataan akhbar bahawa mereka menolak untuk dilantik ke sebarang jawatan penting dalam parti.

Dr Muhammad Nur tewas di tangan Abdul Rahman Othman iaitu bendahari Keadilan bagi kerusi timbalan presiden yang dikosongkan oleh Dr Chandra Muzaffar manakala Anuar Tahir yang merupakan setiausaha agung dan Ketua Penerangan Ruslan Kasim tewas dalam merebut kerusi naib presiden.

Mustafa Kamil Ayub pula tewas di tangan Saifuddin Nasution Ismail untuk kerusi timbalan ketua pemuda.

Keempat-empat mereka juga menafikan telah memberi sebarang tekanan ke atas Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam soal pelantikan ini.

Abdul Rahman berkata, keempat-empat tokoh tersebut yang tewas pada pemilihan parti minggu lalu perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak dipilih oleh para perwakilan dan bukannya pucuk pimpinan parti.

Malah katanya, tawaran untuk melantik keempat-empat bekas pemimpin Abim itu dalam kerusi MPT telah dibuat sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Keadilan di Kemaman dan pada ketika itu tidak timbul pun sebarang indikasi bahawa mereka akan menolaknya.

Beliau juga menyatakan rasa hairan kenapakah keempat-empat pemimpin berkenaan bertindak seolah-olah mereka ditolak secara total oleh parti kerana pada hakikatnya, lapan bekas pemimpin Abim telah dipilih menduduki barisan pucuk pimpinan Keadilan termasuklah seorang untuk kerusi naib presiden iaitu Datuk Sheikh Azmi Ahmad.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Muhammad Zahid Md Arip dalam satu kenyataan petang ini berkata, cakap-cakap mengenai tindakan keempat-empat pemimpin berkenaan bertindak untuk menolak sebarang pelawaan presiden parti supaya menduduki kerusi MPT telah mula kedengaran selepas perhimpunan agung selesai.

“Tetapi semua pihak menyifatkannya sebagai satu khabar angin malah kami mendengar mereka akan bertindak lebih jauh dari itu lagi tetapi enggan mempercayainya.

“Bagaimanapun dengan kenyataan yang dibuat semalam, Pergerakan Pemuda tidak terkejut jika kumpulan yang sama membuat beberapa keputusan drastik selepas ini,” ujarnya.

Menurut Zahid, mereka yang tewas pada pemilihan lalu tidak wajar bertindak demikian ke atas presiden dan juga parti kerana kalah dan menang adalah adat pertandingan tetapi perjuangan parti perlu diteruskan.

(Agenda Daily)

 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]