Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Komen Pemantau Pemilihan: Pemilihan Bersih dan Lancar

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


KUALA LUMPUR: Pemilihan bagi jawatan-jawatan tertinggi Parti Keadilan Nasional berjalan bersih dan lancar, kata seorang ahli lembaga disiplin, Datuk Syed Ahmad Jamal yang ditugaskan memantau perja-lanan pengundian dan pengiraan.

"Saya berpuas hati, sega-lanya mengikut peraturan yang telah ditetapkan," katanya kepada Berita Keadilan, apabila diminta mengulas pemilihan itu yang diadakan sempena persidangan agung tahunan di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Menurut Syed Ahmad, beliau belum menerima sebarang aduan berkaitan pemilihan itu sehingga hari ini (17 Nov).

Kaedah dan tatacara yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan sudah cukup untuk menjamin kelancaran dan ketelusan proses pengundian dan pengiraan, tambahnya. "Semasa pengiraan undi, wakil-wakil calon dibenarkan hadir untuk melihat sendiri proses tersebut dijalankan."

"Seorang wakil calon yang bertanding datang menemui saya selepas pengiraan. Katanya, kepada saya, 'walaupun kalah, cara ini sangat jujur.' Kerana menurutnya, proses pengiraan dilakukan secara terperinci dan tidak berat sebelah," beritahu Syed Ahmad.

Pemilihan baru-baru ini menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan timbalan presiden, enam calon merebut naib presiden dan 62 orang menawarkan diri untuk jawatan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.

Undi dikira semula bagi jawatan naib presiden selepas diminta oleh seorang calon berikutan perbezaan sangat tipis (dua undi) antara kedudukan ketiga dan keempat.


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]