Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Tanda ‘Rahsia’ Pada Dokumen Hanya Untuk Lindungi Pemimpin Yang Rasuah-Ezam

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


- Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Ezam Mohd Nor memberitahu mahkamah sesyen hari ini bahawa semua dokumen yang ditanda perkataan ‘rahsia’ adalah menurutnya “hanya untuk melindungi pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengamalkan rasuah”. Katanya semasa membela diri di mahkamah itu di sini, sebab itu sebaik sahaja laporan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) diterimanya daripada seorang yang bernama ‘Fazli’ menerusi pos laju, Ezam menganggap “adalah menjadi tanggungjawabnya” untuk mendedahkan amalan rasuah di kalangan pemimpin kerajaan itu.

Ezam dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(1)(i) Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan mengedarkan dokumen-dokumen yang menjadi rahsia rasmi di sidang media di Ibu Pejabat parti Keadilan di Phileo Damansara pada 12.45 petang, 6 November 1999.

Dokumen-dokumen itu berupa laporan penyiasatan BPR ke atas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Dalam mengemukakan pembelaannya, Ezam berkata, pengalamannya dalam kerajaan dan ahli penting dalam Umno serta fahamannya menerusi laporan-laporan akhbar mengenai kandungan kedua dokumen itu meyakinkan beliau bahawa perkataan ‘rahsia’ yang ditanda pada dokumen-dokumen itu adalah bagi melindungi amalan-amalan rasuah di kalangan pemimpin kerajaan.

“Oleh itu, selepas membaca setiap kata dalam dokumen-dokumen itu yang membabitkan dua pemimpin tersebut, BPR dan pejabat Peguam Negara, saya berpendapat bahawa saya mempunyai tanggungjawab membuat pendedahan tentangnya,” tambah beliau.

Ezam, 34, kini masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun di Kem Kemunting.

Beliau memberitahu mahkamah, dua dokumen tersebut diterimanya menerusi pos laju yang dihantar oleh seorang yang hanya dikenali sebagai ‘Fazli’ dari Kampung Sahong,Kampar, Perak.

“Saya tidak ingat tarikh saya menerima dokumen-dokumen itu. Setelah membaca kandungannya, saya berbincang dengan beberapa orang kawan, dan saya membuat keputusan untuk mendedahkan perkara itu,” katanya kepada hakim mahkamah sesyen Wan Afrah Wan Ibrahim.

Peguambela beliau, Raja Aziz Addruse kemudian meminta membacakan kenyataan media Pergerakan Pemuda Keadilan yang bertarikh 6 November 1999 itu. Ezam berkata, beliau mengedarkan kenyataan akhbar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen BPR yang berkenaan kepada para pemberita.

Dalam kenyataan akhbar itu, Ezam berkata beliau ada menyebut bahawa pendedahan seumpama itu akan mendatangkan bermacam-macam risiko ke atasnya tetapi adalah menjadi tanggungjawabnya dalam mendedahkan perkara itu kepada umum supaya rakyat sedar akan kandungan penyiasatan BPR itu.

Katanya,” saya sengaja memasukkan bahagian itu dalam kenyataannya untuk membuktikan bahawa sebagai pemimpin politik yang diberi mandat memimpin pergerakan pemuda, perjuangan politik saya adalah untuk menegakkan undang-undang dan memelihara wang rakyat.”

Isteri Ezam ,Bahirah Tajol Aris, bersama tiga orang anak mereka dan penyokong-penyokong turut hadir di mahkamah itu hari ini.

(Agenda Daily)


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]