Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Tindakan Anuar Tahir Pertikaikan Kesahihan Perhimpunan Agung keADILan Dipersoal

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


KUALA LUMPUR, Rabu 21 Nov. - Empat bekas pemimpin Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang mempertikaikan kesahihan perhimpunan agung parti itu awal bulan ini dilihat sebagai sesuatu yang ‘pelik’ kerana salah seorang daripada mereka adalah setiausaha agung yang sepatutnya bertanggungjawab penuh di atas pentadbiran ibu pejabat dan juga persidangan berkenaan.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip ketika menghubungi AgendaDaily.Com berkata, jika ada sebarang pertikaian atau permasalahan berhubung perjalanan perhimpunan agung berkenaan, orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah setiausaha agung parti.

“Dalam kes ini setiausaha agung sebelum persidangan dan pada hari persidangan ialah saudara Anuar Tahir. Jadi saya hairan bagaimana beliau turut terlibat dalam mengeluarkan kenyataan bersama-sama dengan tiga bekas pemimpin parti yang lain cuba mempertikaikan kesahihan perhimpunan agung itu,” kata Zahid.

Semalam, Anuar bersama-sama bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Dr Muhammad Nur Manuty, bekas Ketua Penerangan, Ruslan Hj Kasim dan bekas Timbalan Ketua Pemuda Mustafa Kamil Ayub dalam satu kenyataan bersama mempertikaikan kesahihan perhimpunan agung Keadilan yang berlangsung di Kemaman awal bulan ini.

Kata mereka terdapat perwakilan yang tidak sepatutnya hadir telah mengambil bahagian dalam persidangan itu.

Dalam kenyataan tersebut mereka turut menolak sebarang pelantikan oleh presiden untuk mana-mana jawatan dalam parti dengan alasan untuk memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil bahagian secara aktif.

Zahid turut bertanya apakah niat sebenar mereka mempertikaikan kesahihan persidangan agung tersebut selepas ia selesai diadakan malah beliau ingin tahu apakah mereka akan cuba mempertikaikannya jika kesemua mereka menang pada pemilihan itu.

Pada persidangan berkenaan, keempat-empat bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu tewas. Muhammad Nur tewas dalam pertandingan kerusi timbalan presiden manakala Anuar dan Ruslan tewas untuk jawatan naib presiden. Mustafa pula tewas ditangan Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan ketua pemuda.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin Keadilan iaitu ahli Parlimen Kemaman Abdul Rahman Yusof turut mempertikaikan niat Anuar dan rakan-rakannya membangkitkan soal berkenaan kerana ia telah pun diselesaikan sebelum pun perhimpunan agung bermula.

Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menambah, parti tersebut telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk mengendalikan sebarang isu yang berbangkit mengenai soal perwakilan dan bahagian dan jika ada sebarang masalah dan pertikaian sekalipun ia patut dibangkitkan sebelum perhimpunan agung bermula dan bukannya sekarang.

“Malah saya berpendapat jika ada pihak yang patut dipertanggungjawabkan dalam soal ini orang itu adalah Anuar Tahir sendiri kerana dia adalah setiausaha agung. Dia yang mengendalikan perjalanan perhimpunan agung…dia adalah pengurus persidangan…jika ada rungutan ia patut ditujukan kepada Anuar Tahir dan bukannya orang lain.

“Tetapi apabila Anuar Tahir sendiri mempertikaikan soal kesahihan perhimpunan agung inilah yang saya rasa pelik kerana dia patut bertanya kepada dirinya sendiri siapakah yang bertanggungjawab ke atas semua masalah ini,” tegas beliau ketika ditemui oleh para wartawan di lobi bangunan parlimen hari ini.

Sementara itu Setiausaha Agung Keadilan yang baru Sahri Bahari berkata, beliau sudah menjangkakan cabaran dan tanggungjawab berat yang sedang menanti di hadapannya apabila menerima pelantikan tersebut.

Bagaimanapun kata beliau, keutamaannya selepas ini ialah menangani isu pendaftaran 73 bahagian di beberapa buah negeri dan juga penggabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang tergendala kerana masalah teknikal.

Keadilan buat masa ini mempunyai 200,000 ahli berdaftar dan 120 bahagian yang didaftarkan mengikut persempadanan parlimen sepertimana Umno.

Mengenai penggabungan dengan PRM beliau membayangkan satu lagi mesyuarat agung khas terpaksa diadakan untuk meminda perlembagaan parti.

Namun demikian beliau tidak menjangkakan ia boleh diadakan dalam tempoh yang terdekat ini.

Sebelum perhimpunan agung Keadilan baru-baru ini, soal keahlian telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan kerana ramai yang merungut borang keahlian mereka yang telah dihantar ke ibu pejabat sama ada ‘hilang’ atau gagal diproses mengikut waktu sehingga menjejaskan persidangan bahagian-bahagian.




 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]