PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Dr. Badrul Amin Telah Membuktikan pihak Polis Dan KDN Adalah Alat Politik Umno & BN

Akhirnya Jabatan Polis, Jabatan Penjara dan KDN terpaksa membebaskan tahanan ISA Dr.Badrul Amin Baharom pada 3hb.Nov.2001, dengan meninggalkan beliau bersendirian di sebuah perhentian bas di Taiping kira-kira jam 6.30 petang, walaupun pihak Pengarah Kem Tahanan ISA Kamunting telah memaklumkan kepada Isterinya agar menunggu pembebasan Dr.Badrul dihadapan kem tahanan tersebut jam 4.00 petang, makin terserlah niat jahat pihak UMNO dan BN dengan memperalatkan Jabatan yang berwajib ini, walaupun Dr.Badrul Amin telah dibebaskan bersyarat. Dr.Badrul Amin telah berjaya membuktikan kepada rakyat marhaen bahawa penahananya di bawah akta GILA ISA adalah satu niat jahat dan fitnah yang direka oleh UMNO dan BN melalui Jabatan Polis serta KDN. Kita kembali kepada fakta kes sebab penahanan beliau kira-kira 130 hari yang lepas…???

1. Kerana merancang mengulingkan kerajaan melalui kekerasan dengan mengunakan senjata api.
2. Merancang perhimpunan besar-besaran untuk mengancam keselamatan pemimpin kerajaan BN serta keselamatan Negara. 3. Membuat hubungan sulit dengan militan luar negara supaya kerajaan BN boleh digulingkan.

Dan pihak polis dan KDN serta MAHAHAPRAK memaklumkan dalam media cetak atau elektronik, bahawa penahanan Dr.Badrul Amin bukan diatas dasar POLITIK atau BERNIAT UNTUK MEMUSNAHKAN KARIER POLITIK DR.BADRUL AMIN tapi seperti 3 alasan diatas.

Tapi pada 3hb.Nov.2001, Jabatan POLIS dan KDN telah membodohkan diri sendiri serta membuka pekung KERAjaan UMNO dan BN yang selama ini mereka sebenarnya menahan Dr.Badrul Amin diatas dasar politik dan takut pengaruh seorang ulama ini mampu meraih sokongan dari rakyat marhaen, sebagai mana apa yang telah dilakukan terhadap DSAI.

Kita lihat kebodohan pihak POLIS dan KDN serta UMNO dan BN ini :-

Syarat-syarat pembebasan Dr.Badrul Amin tanpa had waktu yang ditetapkan…??

1. Tinggal dikawasan terhad, Dr.Badrul Amin hanya dibenarkan berada di dalam kawasan GOMBAK sehaja, dan mesti melapur diri setiap hari di Balai Polis Gombak.
Jika engkar beliau akan didakwa dimahkamah MAHAHAPRAK.

2. Dr.Badrul Amin dilarang keras (diharamkan) seperti perkara dibawah :-
a) Dilarang menjadi ahli mana-mana parti politik.
b) Dilarang menjawat jawatan dalam mana-mana parti politik.
c) Dilarang memberi nasihat atau pandangan mengenai isu politik.
d) Dilarang dari memberi kenyataan politik kepada sesiapapun.
e) Dilarang memberi ceramah politik/agama/dsb dikhalayak ramai.

Jika Dr.Badrul Amin engkar beliau boleh didakwa dimahkamah MAHAHAPRAK.

Dua syarat bangang dan tolol diatas telah membuka cerita sebenar dan pekung pihak UMNO serta BN yang sebenarnya takut dan tidak mampu berhadapan dengan seorang ulama muda yang menunjukkan jalan yang benar dan lurus buat seluruh rakyat marhaen.

Kini penafian pihak POLIS / KDN / MAHAHAPRAK …. Boleh diketawakan serta diperlekeh oleh rakyat marhaen ….kerana kebodohan serta ketakutan mereka kepada insan kerdil Dr.Badrul Amin, telah menjadilkan mereka gila dan mabuk todi, dengan memfitnah serta menginaya manusia yang bergelar ulama dan sanggup memisahkan isteri dan suami, anak dan bapa asalkan karier politik songsang UMNO dan BN dapat dipertahankan walaupun nyawa umat Islam itu diragut dengan kejam oleh AKTA GILA ISA.

Rakyat marhaen kini telah faham dan tahu benar tipu-bontan serta fitnah KERAjaan UMNO@BN melalui POLIS / KDN / JABATAN PEGUAM / MAHKAMAH ….. ??????

DSAI dan Dr.Badrul, Sdr.Ezam serta lain-lain tahanan POLITIK ISA telah membukti kepada DUNIA bahawa penahanan mereka selama adalah di atas DASAR POLITIK DAN BERNIAT MEMUSNAHKAN KARIER POLITIK musuh politik pemimpin UMNO@BN. Segala tuduhan dan bukti palsu yang dikemukakan melalui media cetak / elektronik atau kes dimahkamah MAHAHAPRAK hanya fitnah yang berniat jahat serta penginayaan yang amat teruk oleh pimpinan UMNO@BN terhadap pejuang rakyat marhaen.

Rakyat marhaen tidak boleh ditipu dan diperbodohkan lagi….kerana KERAjaan UMNO@BN telah membodohkan diri sendiri kerana memfitnah serta menginaya pejuang REFORMASI.

“ SILA SEBARKAN KESELURUH NEGARA “

RDJU – 4/11/2001



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]