PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Naib Ketua Pemuda keADILan Batu Gajah Kemalangan

Oleh Wartawan WR

IPOH: Naib Ketua Pemuda Keadilan Batu Gajah, Ahmad Fuad Rizal Mustafa kemalangan semasa pulang dari menghadiri PAT 3 baru-baru ini, menurut Exco Pemuda Keadilan Pusat, Badrul Hisham Shaharin.

Mangsa masih lagi berada di bilik ICU Hospital Ipoh, Perak. Menurut saksi, kemalangan tersebut berlaku di Jeli, sempadan antara Kelantan dan Perak apabila kereta yang dipandu oleh sahabat mangsa berlanggar dengan kerbau.

Perlanggaran tersebut menyebabkan kereta itu berpusing-pusing dan mangsa tercampak keluar. Sehingga berita ini ditulis keadaan mangsa sudah stabil walaupun dijangka tidak akan dikeluarkan dari Hospital Ipoh sehingga pertengahan Ramadhan.

"Saya bersama Sanusi Abdullah menziarahi beliau di ICU Ipoh, 3 hari lepas, marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan dan kesihatan beliau bertambah baik," katanya dalam email yang dihantar kepada WR.~WR Crew

(Web Reformis)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]