Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

'Saya Tidak Berniat Keluar Parti Dan Saya Bukan Pemimpin Abim' - Ruslan Kasim

Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


Oleh ROZAID A RAHMAN


- Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Ruslan Hj Kasim menolak khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu untuk bergerak sebagai ‘penceramah bebas’.
Sebaliknya beliau berkata, dirinya tetap komited dengan perjuangan Keadilan dan akan terus memainkan peranan sebagai seorang ahli biasa parti serta mengambil bahagian dalam ceramah-ceramah parti jika terdapat permintaan.

“Saya tidaklah mahu jadi seperti kata pepatah Melayu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong tetapi jika ada jemputan ceramah saya tetap akan mengambil bahagian dan ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah sebut pun yang saya nak keluar parti,” katanya dalam satu pertemuan dengan AgendaDaily.Com di pejabatnya di sini pagi ini.

Ruslan adalah di antara tokoh utama Keadilan yang sering mendapat tempat dalam ceramah-ceramah politik malah beliau disifatkan sebagai daya penarik utama yang menyebabkan ceramah politik Keadilan hidup kerana kepetahannya berucap dan berpidato.

Bagaimanapun popularitinya di luar tidak mencerminkan popularitinya di dalam parti dan ini menjadi tandatanya ramai pemerhati politik sama ada beliau menjadi mangsa politiking dalaman parti tersebut.

Pada pemilihan parti itu di Kemaman, Terengganu awal bulan ini, Ruslan sekadar menduduki tempat keempat daripada tiga kerusi naib presiden yang dipertandingkan.

Seramai enam calon menawarkan diri untuk jawatan yang dimenangi oleh ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Azmin Ali dan dua penyandang iaitu Tian Chua serta Datuk Sheikh Azmi Ahmad.

Kepada label bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Abim, Ruslan berkata; “Saya ingin tegaskan untuk kali yang terakhirnya bahawa saya bukanlah seorang bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sepertimana yang diwar-warkan oleh media massa tempatan.”

“Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam Abim sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun pusat. Apa yang boleh saya katakan ialah saya adalah anak didik Anwar Ibrahim kerana saya merupakan bekas pelajar Yayasan Anda Akademik di mana Anwar adalah pengarahnya antara tahun 1977 dan 1978,” ujar beliau.

Ruslan tidak faham dari mana datangnya label tersebut dan meminta jasa baik semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya sebagai bekas pemimpin Abim lagi kerana “saya tidak pernah memimpin Abim sepanjang hidup saya.”

Menjawab pertanyaan paling kontroversi mengapa beliau menolak pelawaan Presiden Keadilan Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyandang jawatan lamanya semula, Ruslan menjelaskan bahawa perkara tersebut terlalu ‘pribadi’ untuk diceritakan dan beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian kepada pihak media.

“Saya juga menafikan dakwaan ahli Parlimen Kemaman YB Abdul Rahman Yusuf semalam bahawa tindakan saya dan tiga lagi bekas pemimpin Keadilan menolak pelantikan presiden hanya dibuat melalui media. Sebenarnya surat memaklumkan mengenai hasrat saya dan tiga lagi pemimpin itu telah pun dihantar kepada Dr Wan Azizah terlebih dahulu,” ujarnya.

Ditanya apakah Dr Wan Azizah mengetahui sebab mengapa beliau (Ruslan) bertindak menolak pelantikan itu, Ruslan berkata, “saya yakin Datin Sri tahu sebab musababnya…lagi pun sudah tiba masanya jawatan itu disandang oleh tokoh-tokoh lain dalam parti.”

Pada masa yang sama Ruslan berkata beliau masih menyandang jawatan naib ketua bahagian Tampin dan keputusan ini akan membolehkannya menumpukan perhatian yang lebih kepada pentadbiran bahagian.

Ditanya apakah reaksi beliau mengenai kata-kata Timbalan Presiden Keadilan Abdul Rahman Othman bahawa mereka berempat bersikap seperti budak kecil yang merengik ekoran tindakan menolak tawaran presiden untuk menduduki barisan kepimpinan parti, Ruslan menjawab, beliau tidak mahu berbalas-balas kata pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Beliau khuatir jika isu ini diperpanjangkan akan lebih banyak perkara buruk dan mengaibkan yang akan terkeluar dan terdedah.

(Agenda Daily)

 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]