Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

Bersihkan Lumpur Yang Terpalit Atau Dakwa Khir
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Oleh : Wartawan Detikdaily

Wawancara dengan AJK PAS, MOHAMAD SABU, yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Ulasan umum terhadap dakwaan rasuah MB Selangor.

Saya pasti, rentetan peristiwa tersebut ia memberi kesan besar khususnya terhadap rakyat Selangor. Saya mengharapkan, jika Menteri Besar Selangor tidak terlibat dalam isu rasuah, BPR dapat membersihkan segala lumpur yang terpalit kepada dirinya. Ya, saya tidak menafikan Khir sememangnya ada musuh politik. Ini kerana penglibatan beliau dalam politik begitu mendadak sehingga mengetepikan orang-orang senior. Mereka tersisih dengan perlantikan Khir Toyo.

Bagaimana jawapan Khir dalam Mingguan Malaysia.

Bagi saya, Khir tidak menjawab langsung segala tuduhannya. Sebaliknya beliau menimbulkan isu lain. Manakala segala laporan BPR dan polis yang dilakukan oleh Lutfi Othman tidak dijawab sama sekali.

Mampukah BPR menyiasat secara bebas?

BPR mesti bersungguh-sungguh menyiasat. Yang menghairankan, sepatutnya BPR tidak perlu menunggu apa-apa aduan. Jika ada perkara pelik timbul, BPR semestinya menyiasat. Ini tidak, ada laporan pun masih berdolak-dalih. Perdana Menteri yang menguasai BPR jangan cuba melindungi orang bersalah walaupun ia tokoh kenamaan. .

Bagaimana masa depan pembangkang yangdikatakan semakin lemah dan lesu kerana hambatan dan tekanan pemerintah.

Halangan berceramah sememangnya halangan politik. Hendak tak hendak kita mesti rempuh juga. Kita jangan lupa, kemenangan pembangkang besar tahun 1999 kerana rempuhan golongan reformasi, khususnya isu Anwar Ibrahim. Dari segi ceramah, pembangkang mesti teruskan juga. Walaupun kena tangkap, dihadapkan ke mahkamah, ia jangan terhenti. Jika kita tidak sanggup melakukan sedemikian, semakin seronoklah Umno dan BN. Ini arahan politik bukan faktor keselamatan.

BN menang besar dalam pilihan raya Sarawak dan di Sabah, PBS mahu sertai BN semula. Ditambah pula dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Semuanya memihak BN.

Harus diingat, di kalangan masyarakat Melayu ia tidak banyak alami perubahan. Tentang persempadanan semula, diakui ia menguntungkan BN. Tapi kita mesti terus bekerja dengan lebih kuat.

Bagaimana perkembangan di Kedah.

Usaha pembangkang menawan Kedah sedang rancak dijalankan. Rakyat Kedah menunggu masa untuk menjatuhkan BN. Sehingga kini mood rakyat tetap kepada pembangkang.

Apa langkah politik yang perlu dilakukan pembangkang bagi memastikan mood rakyat itu sentiasa berterusan.

Antaranya, kita mesti menerangkan pembohongan negara Islam Mahathir. Jawapan-jawapan pihak pemerintah di Parlimen akan kita gunakan. Sebenarnya, pengisytiharan negara Islam telah digunakan semenjak merdeka lagi. Kenyataan Mahathir sekadar mengingatkan rakyat. Ia hanya pengisytiharan politik bukan perubahan struktur.

(Detik Daily)




 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]