PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Lim Kit Siang Seru Rayuan Anwar Dipercepatkan

KUALA Lumpur: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang menyeru supaya pihak yang bertanggungjawab mempercepatkan kes rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Minggu lepas, peguam-peguam Dato' Seri Anwar mendapat faks dari Mahkamah Persekutuan, memaklumkan bahawa kes tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang baru kerana salah seorang hakim jatuh sakit.

Kes tersebut telah tertangguh lebih setahun, dan sehingga kini tarikh baru tersebut masih belum ditetapkan.

Lim berkata demikian setelah mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi memutuskan penahanan Karpal Singh di bawah ISA dalam tahun 1988 sebagai melanggar perlembagaan persekutuan.

(Berita keADILan)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]