PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Rahman Othman, Pemimpin Berjiwa Rakyat

Oleh Wartawan WR

KUALA LUMPUR: Abdul Rahman Othman yang memenangi kerusi Timbalan Presiden Keadilan baru-baru ini adalah pemimpin yang berkarisma dan mudah didekati, menurut seorang wartawan tempatan. "Beliau mudah mesra dengan sesiapa sahaja, dan sifatnya yang suka tersenyum sambil mengangkat tangan kepada kita membuatkan ramai yang suka mendekatinya," katanya kepada WR.

Abdul Rahman Othman adalah seorang akuantan bertauliah yang pernah berkerja di Kementerian Kewangan semasa datuk seri Anwar Ibrahim masih menjadi Boss disitu. Selain dari tugasnya sebagai akuantan beliau juga merupakan bekas Bendahari UMNO Bahagian Muar, Johor sebelum meninggalkan parti tersebut pada 1999 untuk menyertai Keadilan.

Beliau sebelum ini adalah bekas Naib Yang Dipertau Abim Perlis/ negeri Sembilan adalah seorang yang kuat pegangan agamanya dan tidak sombong. Setelah menyertai Keadilan beliau diamanahkan beberapa jawatan penting antaranya adalah ketua Bahagian Muar, Ketua perhubungan negeri Johor dan Bendahari Agung Keadilan mengambil alih dari YB Ramli Ibrahim yang sering uzur.

Antara jasa terbesar beliau kepada Keadilan adalah dengan penubuhan 12 bahagian Keadilan di negeri Johor dan kejayaan Keadilan membeli pejabat baru di Shah Alam yang bernilai setengah juta hasil dari kerja keras beliau bersama teman-teman lain. Selain dari bertanggungjawab dan amanah, Abdul Rahman Othman juga adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Ramai perwakilan yang ditemui berkata bahawa dengan kemenangan 44 undi Abdul rahman mengalahkan Dr Mat Nur Manuty bermakna Keadilan mempunyai kelebihan dari segi duit ringgit kerana Abdul Rahman dan Datuk Kamarul adalah 'orang yang punya duit' dan sanggup berkorban untuk parti.

Sumber memberitahu, Abdul Rahman juga mendapat sokongan daripada 'orang dalam' yang percaya dengan kemenangan Abdul Rahman Keadilan dapat bergerak dengan lebih aktif dengan Timbalan Presiden yang bersedia untuk 'turun padang'.~WR Crew

(Web Reformis)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]