Wanita KeADILan tumpu usaha keintiman masyarakat
- Ketua Wanita Parti KeADILan Nasional, Hajjah Fuziah Salleh berkata, program keintiman masyarakat melalui hubungan peribadi perlu ditumpukan oleh anggotanya untuk membina hubungan yang lebuh kukuh dengan masyarakat.
Katanya, penekanan dalam program keintiman masyarakat ialah memenangi keyakinan anggota masyarakat melalui hubungan peribadi di mana program memungkinkan interaksi peribadi yang tinggi perlu diperbanyakkan.
Tambahnya, peranan jentera hendaklah ditumpukan kepada hubungan yang lebih intim dengan masyarakat setempat melalui aktiviti yang mampu memecahkan tembok pemisah dari sebahagian masyarakat yang perlu dilakukan lebih kerap dan berterusan.
"Petugas parti pelu memahami setiap kawasan di dalam kawasan Parlimen dengan terperinci, setiap penduduk dan kecenderungan mereka dipantau," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan `Srikandi Pemangkin Perubahan' pada Persidangan Agung Wanita KeADILan yang pertama di Dewan Berlian Utama, di sini, semalam.
Beliau juga menggesa kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan perlu menyusun ahli-ahli di dalam bentuk sel-sel kerja yang kecil tetapi lincah dan mudah bergerak.
Selain itu, katanya hubungan dengan persatuan-persatuan dan dewan-dewan perniagaan setempat hendaklah diwujudkan dan dipupuk di mana sikap dan pendirian parti hendaklah disampaikan kepada mereka dengan menggunakan saluran yang paling berkesan.
"Pendekatan keintiman masyarakat ini bererti parti ini akan menjadi parti yang dipimpin kepimpinan pusat tetapi dipacu aktivisme ahli di di peringkat akar umbi," ujarnya.
Tambahnya, srikadi KeADILan khsusnya mempunyai peranan yang penting dalam membina keintiman masyarakat kerana wanita merupakan separuh daripada pengundi.
Oleh itu, katanya, mengembangkan sokongan di kalangan mereka adalah satu isu strategik yang perlu diberikan perhatian.
Di samping, tambahnya, wanita juga boleh menjadi enjin yang menggerakkan kegiatan kebajikan dan bantuan kemasyarakatan secara lebih sistematik dan bukan sekadar secara ad-hoc apabila sesuatu krisis timbul.
Gabungan BA perlu diperkukuhkan
- Wanita Parti KeADILan Nasional menyifatkan kepelbagaian pandangan dan pembawaan yang wujud dalam Barisan Alternatif (BA) perlu dilihat sebagai satu cabaran intelek.
Ketuanya, Hajjah Fuziah Salleh berkata, anggota Wanita KeADILan perlu matang dan turut menangani kepelbagaian yang wujud dalam BA sebagai sebuah parti pularist yang menggabungkan ahli dari berbagai latar belakang.
"Realiti dan kepelbagaian ini menggambarkan realiti dan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat kita sendiri," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Wanita KeADILan yang pertama di Dewan Berlian Utama, di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota wanita parti supaya mempunyai kesabaran dan ketelitian dalam hal itu dan tidak mudah melatah untuk membuat keputusan.
Katanya, gabungan BA perlu diperkukuhkan melalui proses memantapkan tasawwur di kalangan parti-parti komponen kerana sekiranya gagaldalam perkara itu melambangkan kegagalan sebagai sebuah parti pularist.
"Isu DAP keluar parti jangan melemahkan kita, malah harus dilihat sebagai
peluang untuk menarik lebih ramai ahli dari kalangan mereka yang kecewa dari tindakan ini.
"Isu negara Islam juga harus kita fahami dengan teliti," katanya.
Beliau berkata, sekiranya anggota wanita mampu menggarap kefahaman yang mendalam tentang perkara itu dan dapat memberi penerangan yang berkesan kepada pengikut akar umbi, segala pergolakan itu akan dapat ditangani dengan baik.
Apa yang penting, katanya Wanita KeADILan dapat terus memebrikan fokus kepada kesatuan dan kemampaun serta sikap untuk tidak membesar-besarkan segala pergolakan dalaman BA.
"Percayalah bahawa semua halangan pasti dapat kita selesaikan bersama dengan sikap toleransi dan lapang dada," ujarnya.