PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Pemuda keADILan Bahas Gabungan Dengan PRM

Sonia Randhawa

Ucapan dasar Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Mohd Ezam Mohd Nor di Persidangan Agung Pemuda KeAdilan menyentuh pelbagai perkara. Ini termasuk isu negara Islam, kepentingan hak asasi manusia dan masa depan Barisan Alternatif (BA).

Walau bagaimanapun, isu pergabungan Parti KeAdilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi fokus utama persidangan.

Ucapan Ezam ini telah dibaca oleh Setiausaha Pemuda Muhammad Zahid Md Arip, kerana tahanannya dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di dalam ucapan tersebut, dia mendakwa bahawa rasuah adalah ‘musuh utama negara.’

“Bila kita lihat dia selalu menyatakan kononnya kemerosotan ekonomi negara adalah disebabkan orang asing dan gangguan ekonomi luar negara. Tapi sebenarnya, rasuah yang diamalkan oleh Dr. Mahathirlah menjadi punca kejatuhan ekonomi negara.”

Dia juga memuji peranan yang dimainkan oleh golongan muda sebagai ‘kesedaran masyarakat’.

Selain itu, Ezam juga memberi sokongan terhadap pergabungan KeAdilan dan PRM. Dia juga merujuk kepada pencapaian parti pembangkang di Sarawak dan meluahkan hasratnya yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan kembali bersama BA.

Dalam pada itu, ahli pemuda KeAdilan secara umumnya berkata bahawa ucapan dasar ini telah menyentuh semua isu penting. Ketua Pemuda Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat bahawa isu hak asasi manusia perlu diutamakan.

“Saya fikir ucapan dasar saudara Ezam, tidak banyak beza dengan ucapan dahulu tetapi kali ini lebih keras kerana beliau menggariskan beberapa dasar penting yang mesti dilaksanakan oleh Pemuda dalam sepanjang tahun yang akan datang. Saya fikir yang terpenting dan mustahak dan disegerakan adalah persoalan hak asasi manusia. Itu kita sedang merangka satu program khusus, so that kerajaan Malaysia akan retify the International covenent for civil and political rights.”

Selain itu, Shamsul Bihari Shamsudin, ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri Sembilan menjelaskan pendiriannya.

“Ucapan dasar yang telah disampaika, merupakan satu ucapan dasar yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek hal ehwal kita yang berada di negara ini. Ini termasuk aspek politik, sosial dan ekonomi dan terdapat juga penekanan dalam soal ketidakadilan”

Walau bagaimanapun, kebanyakan wakil tidak mahu memberi komen mereka. Cuma perwakilan daripada Kuala Pilah, Rosli Shariff meluahkan perasaannya.

“Dengan DAP, dia nak bergabung semula. Nampak parti itu macam nak bergabung semula. Saya setuju. kita ikut pendapat daripada Ketua Pergerakan Pemuda.”

(Radiq Radio)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]