Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Visi Dan Misi Saifuddin,Timbalan Ketua Pemuda keADILan
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


Oleh :Wartawan Cabaran


Wawancara wakil Cabaran dengan Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, yang juga ADUN Lunas, Kedah.



CABARAN: Sdr dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda KeADILan ketika ketuanya, Ezam dalam tahanan, dan KeADILan sendiri dikatakan dalam proses menurun. Ia bermakna peranan Sdr terlalu besar dan bolehkah Sdr huraikan situasi ini.

SAIFUDDIN: Ezam telah meletakkan asas yang kukuh dalam perjuangan Pemuda keADILan. Dalam tempoh dua tahun, kehadiran Pemuda keADILan begitu dirasai oleh rakyat. Mendedahkan penyelewengan pemerintah, membongkar pelbagai skandal, menentang penyalahgunaan kuasa oleh segelintir peneraju pelbagai institusi kerajaan khususnya polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan media sudah dianggap sinonim dengan perjuangan Pemuda keADILan di bawah era Ezam.

Hasilnya rakyat mampu didedahkan dengan kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan BN. Sokongan rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur menjangkau kampung dan pekan, desa dan bandar semakin ketara menjadi milik BA. Perjuangan Pemuda keADILan turut mampu menyumbang ke arah mengukuhkan Pemuda BA.

Tersentak dan terkesan dengan asakan Pemuda BA, Dr Mahathir dan pemimpin BN terpaksa menggunakan taktik paling kotor dengan menggunakan ISA untuk menahan Ezam dan beberapa pimpinan keADILan yang lain. Alasan rapuh – memelihara keselamatan negara berulangkali digunakan untuk meyakinkan rakyat, padahal sebab sebenar ialah terancamnya masa depan pemerintahan BN.

Bertolak dari latarbelakang ini, saya mengambil tanggungjawab berat dan cukup mencabar untuk mengepalai Pemuda keADILan sepanjang ‘ketiadaan’ Ezam. Namun saya cukup bernasib baik dan bertuah mempunyai barisan pemuda yang cukup kental semangat dan daya juang.

Pemuda keADILan punyai latarbelakang yang pelbagai – aktivis NGO, profesional, bekas pimpinan pelajar dan pimpinan akar umbi serta dari pelbagai kaum pula – Melayu, Cina dan India.

Justru saya meletakkan tumpuan khusus misi pemuda keADILan ialah memperkemaskan organisasi pemuda dan mempersiapkan pemuda dengan tugas besar menghadapi pilihanraya. Insya-Allah saya penuh yakin keADILan terus mendapat tempat pada hati rakyat.

CABARAN:Undi yang Sdr perolehi tidak begitu jauh dengan undi saingan Sdr, Mustafa Kamil. Apakah ini bermakna Pemuda KeADILan telah berpecah dua dan jika benar, apa langkah Sdr untuk merapatkan saf Pemuda berdepan cabaran yang lebih sengit ini?

SAIFUDDIN: Sejumlah 350 perwakilan mengambil bahagian pada Persidangan Agung Pemuda keADILan di Kemaman baru-baru ini. Alhamdulillah saya diberi kelebihan 78 undi majoriti. Perwakilan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik sesuai dengan proses demokrasi dalam parti.

Selesai tugas ini, tumpuan sekarang ialah kembali menggerakkan kegiatan parti pada setiap peringkat – cawangan, bahagian dan negeri. Pemuda tidak punya masa untuk melayan karenah yang bertujuan mengalih tumpuan pemuda daripada tugas yang lebih penting iaitu mendekati rakyat dengan penuh hikmah menyampaikan mesej perjuangan parti.

Pemilihan dalam parti bukannya platform memperkuatkan kedudukan diri sendiri. Ia sekadar suatu proses menilai semula prestasi parti, memperjelaskan halatuju parti dan mengingatkan pimpinan dan ahli dengan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

CABARAN:Ada pihak melihat pendekatan Ezam lebih keras dan bersifat konfrontasi, sementara pendekatan Mustafa dahulu agak berbeza, yakni lebih lembut dan menolak tindakan-tindakan seperti demonstrasi. Dan bagaimana pula pendekatan Sdr sendiri.

SAIFUDDIN: Setiap orang ada cara dan pendekatan tersendiri. Begitu pula saya. Sementara saya wajar menghormati pendekatan Ezam dan Mustafa Kamil, yang dianggap bersesuaian dengan suasana dan tuntutan pada masa itu, saya memilih untuk memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk membina pasukan pemuda yang mantap sesuai dengan tujuan asal penubuhan keADILan sebagai sebuah parti politik.

Maknanya apa jua ruang yang memungkinkan keADILan dapat bergerak dan mendekati rakyat terbanyak dengan mesej dan risalah parti, insya-Allah di sanalah saya akan memastikan pemuda terus berperanan. Pada ketika itu jika keperluan menuntut pemuda tampil dengan agresif, maka pemuda akan melaksanakan tuntutan itu.

Namun kiranya pendekatan diplomasi memadai, maka saya anggap itu mencukupi. Paling mustahak rakyat terbanyak sebagai pengundi wajib kita dekati dengan penuh bijaksana.

CABARAN:Bagi pandangan Sdr, apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh KeADILan, khususnya Pemuda, menjelang pilihan raya akan datang dan apa pula garis-garis besar yang Sdr gariskan untuk menghadapi cabaran itu?

SAIFUDDIN: Sebagai parti yang baru menjangkau usia menghampiri tiga tahun, perkembangan keADILan dianggap cukup luarbiasa dengan tertubuhnya 120 bahagian yang telah berdaftar di seluruh negara. Namun parti ini tetap bersedia untuk terus belajar.

Fokus keADILan dalam pilihanraya ialah di kawasan pengundi campuran. Daya tarikan pada keADILan ialah imej pelbagai kaumnya dengan kekuatan tenaga muda sebagai pendokong utamanya. Kita mampu mengharapkan pengaruh PAS akan terus mencengkam di kawasan majoriti Melayu khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Utara Perak, Pahang dan Selangor menjelang pilihanraya umum nanti.

Lebih bijaksana kiranya keADILan melakukan ‘homework’ mulai saat ini dengan menumpukan pada kawasan campuran. Oleh demikian program menarik sokongan bukan melayu wajib diperhebatkan. Kita melihat pengundi Melayu sudah cukup jelas menentukan sikap dan pendirian politik mereka.

Sekarang ialah masa untuk berusaha keras memenangi hati dan sokongan masyarakat bukan Melayu. Kita tidak mampu menjanjikan emas dan intan, namun kita punyai tekad dan keazaman, kesungguhan dan keikhlasan serta polisi dan manifesto yang meyakinkan untuk menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat.

Kita cuma memerlukan pendekatan yang lebih berkesan menghadapi BN yang mempunyai kelebihan wang, media dan jentera kerajaan. Begitupun kita yakin rakyat dan pengundi semakin pintar berbanding tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an. Sementara zaman berubah dan rakyat semakin celik, kita perhatikan BN terus dengan pendekatan lama – ugut dan umpan.

CABARAN:Pembangkang kini tidak sehebat dulu. DAP keluar BA, PBS pula mahu sertai semula BN, manakala keputusan pilihan raya Sarawak cukup mengecewakan. Orang ramai seperti tidak bercakap lagi tentang kerajaan alternatif kepada BN kerana mereka sendiri tidak yakin dengan kemampuan pembangkang untuk mengalahkan BN. Apa komen Sdr?

SAIFUDDIN: Sukar untuk dikatakan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap BA dan pembangkang. DAP mungkin keluar BA, namun tetap konsisten dengan isu-isu pembelaan rakyat, menentang penyelewengan, mempertahankan prinsip keadialan dan hak asasi.

Permohonan PBS menyertai BN akan menambah kalut keadaan sedia kucar-kacir BN khususnya BN Sabah. UMNO Sabah saya yakin sukar bekerja dengan PBS. Begitu juga dua lagi parti etnik Kadazan di Sabah. LDP yang sekarang menduduki kerusi Ketua Menteri, memang mengharapkan PBS diterima masuk BN, lantaran lebih mudah pemerintahan ‘divide and rule’ dijalankan.

Ertinya BN kelihatannya hebat, hakikatnya rapuh. ‘Kekuatan’ BN hasil menguasai kerajaan. Jika terlepas kuasa kerajaan, nescaya terserlah kepincangan BN selama ini.

Perhatikan sahaja bagaimana BN di Kelantan dan Terengganu. Apakala tewas dihukum rakyat sampai saat ini terus terkial-kial cuba bertapak kemabali. Biarpun tewas dalam pilihanraya Sarawak, tidak bermakna berakhirnya dunia buat keADILan dan pembangkang yang lain. Saya yakin, langit tidak selalu mendung.

CABARAN:Isu serangan 11 September dan rangkaian insiden berikutnya dikatakan memberi kelebihan kepada Dr Mahathir dan BN, serta menyebabkan golongan bukan Melayu menjauhkan diri daripada pembangkang, khususnya PAS. Pengalaman 1999 menunjukkan, tanpa sokongan bukan Melayu, pembangkang tidak akan mampu ke mana-mana. Boleh Sdr huraikan tanggapan ini.

SAIFUDDIN: Seperti saya jelaskan tadi, BN kelihatan kuat kerana adanya kuasa kerajaan. Tonggak BN pula selama ini terletak kepada Umno. Sesatunya parti yang mampu mencabar dominasi Umno di kawasan Melayu ialah PAS.

Sebab itu kita lihat apabila tewas 27 kerusi pada pilihanraya 1999, kemarahan Umno dan Dr Mahathir terhadap PAS dan masyarakat Melayu begitu menggila. Umno sekarang tinggal 70 kerusi Parlimen. Bayangkan kiranya Umno ditewaskan sehingga separuh sahaja, nescaya tulang belakang BN patah. Umno tidak lagi dilihat mewakili Melayu.

Saat itu 13 parti-parti komponen yang lain belum tentu bertaut kukuh dalam BN. Sifir politik sudah tentu akan berubah. Sementara PAS bertapak kukuh di kawasan Melayu, sokongan dari bukan Melayu terhadap pembangkang boleh ditampung oleh keADILan. Inilah tugas besar yang menanti keADILan. Kiranya keADILan berhasil menjalankan tugas ini dengan cemerlang, saya tidak nampak kenapa BN tidak boleh dikalahkan.

CABARAN:Sdr merupakan wakil tunggal KeADILan di DUN Kedah. Kedah dikataka sasaran utama pembangkang dalam pilihan raya akan datang selepas PAS menguasai Kelantan dan Terengganu. Mungkin Sdr ada pandangan tersendiri tentang potensi pembangkang untuk kuasai Kedah?

SAIFUDDIN: BA boleh menumpaskan BN di Kedah pada pilihanraya umum akan datang. BA perlukan 6 DUN sahaja lagi dengan andaian 13 DUN sekarang kekal dipertahankan. Cabaran sekarang ialah mengukuhkan pengaruh BA di kawasan Kedah Tengah dan Kedah Selatan khususnya Sungai Patani, Merbok, Padang Serai dan Kulim Bandar Bharu.

Setelah kita mengenali kawasan tumpuan, kita harus pantas menilai sambutan dan sokongan rakyat dari kawasan-kawasan ini. Pada pengamatan saya, sokongan rakyat terhadap BA semakin meningkat. Saya dapat merasakan hal ini di Padang Serai dan Kulim Bandar Bharu dilihat dari sudut jumlah ahli dan cawangan baru yang ditubuhkan sejak pilihanraya umum 1999 baik PAS mahupun keADILan. Kemenangan BA di Lunas pada November 2000, sekadar menjadi pemangkin yang tambah mempercepatkan kemaraan BA di Kedah.

Faktor lain yang menguatkan keyakinan kita adalah kelemahan BN Kedah. MCA Kedah terus kucar-kacir dengan penyingkiran Chua Jui Meng sebagai Pengerusi MCA negeri. Dato’ Syed Razak pula mewarisi Umno dan BN yang lemah peninggalan Sanusi Junid. Politik puak dan kelompok belum reda sampai kini.

(Detik Daily)



 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]