Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Arkib: Bulan Januari 2002
 
BERITA UTAMA

Dr.Badrul Amin Ditahan Semula Dibawah Akta ISA
31. Januari
: Pukul 10.45 Pagi Dr.Badrul Amin telah ditahan semula dibawah akta ISA. Menurut sumber, Dr. Badrul ditahan atas arahan Menteri Dalam Negeri Abdullah Badawi yang marah dengan penubuhan suatu kumpulan baru "RUHANIA" yang menganjurkan protes melalui lunas-lunas keagamaan. Abdullah menuduh Ustaz Badrul sebagai pengelola kumpulan tersebut.
Berita Seterusnya
Bebaskan Anwar Dengan Ikat Jamin-Aliran

Aliran Kesedaran Kebangsaan, Aliran dalam kenyataannya berkata mahkamah sepatutnya mengambil berat kebebesan sesaorang insan dan memastikan tiada seorang pun dihukum walau sedetik tanpa sebarang sebab. “Kesalahan Anwar boleh diikat jamin menurut undang-undang, tetapi beliau tidak dibenar ikat jamin oleh mahkamah,” kata Aliran.
Berita Seterusnya

Azmin Ali : KeADILan terima keputusan Indera Kayangan
- Parti Keadilan Nasional (Keadilan) menerima kekalahan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan walaupun terkejut dengan keputusan itu. Naib Presiden Keadilan Azmin Ali yang juga Pengerusi Bersama parti-parti pembangkang bagi pilihan raya kecil itu ketika ditemui di Bilik Gerakan Keadilan di Jalan Seruling di sini berkata, parti itu menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi.
Berita Seterusnya

Petugas keADILan Diculik Dan Dicederakan, BN Pencetus Keganasan
Dalam kejadian awal pagi ini, Saudara SD Mohamad Johari Yasin, EXCO Pemuda KeADILan Pusat dan Ketua Pemuda Bahagian Shah Alam serta beberapa orang petugas parti KeADILan telah diserang oleh kira-kira 100 orang samseng di kalangan petugas parti BN, di hadapan beberapa anggota polis yang hanya melihat dan memerhatikan kejadian tersebut. Saudara SD Johari telah dikejar dan terus dipukul berhampiran dengan tempat kejadian oleh beberapa puluh orang petugas BN. Beliau seterusnya diculik dan dibawa ke bilik gerakan UMNO Wilayah Persekutuan berdekatan dan terus dibelasah, ditumbuk, ditendang di kepala serta disepak oleh mereka selama kira-kira setengah jam sebelum diambil oleh pihak polis dari bilik gerakan tersebut dan dibawa ke balai polis.
Berita Seterusnya

Samseng UMNO ugut petugas KeADILan Negeri Selangor
KANGAR: Bilik Gerakan KeADILan Negeri Selangor di Pengkalan Asam telah didatangi oleh samseng daripada UMNO. Mereka mengugut akan mencederakan Ketua Pemuda Selangor, Sdr Hamidzun Khairuddin, dan menghancurkan bilik gerakan tersebut jika ianya tidak ditutup menjelang senja hari Sabtu 12 Januari ini.

Samseng-samseng itu yang mengeluarkan ayat-ayat lucah menyatakan bahawa KeADILan tidak layak bertanding di Perlis kerana negeri itu sudah cukup "okay" di bawah Menteri Besar Shahidan Kassim. Mereka juga memberi amaran kepada KeADILan jangan berkempen dengan masyarakat Cina setempat.

Dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas, samseng upahan Barisan Nasional telah menyerang petugas KeADILan Pemuda Selangor di Damak Laut dan mencederakan mereka hingga luka-luka. Tidak mustahil taktik yang sama digunakan kali ini di Pengkalan Asam.

Petugas Bilik Gerakan keADILan Negeri Selangor
Pengkalan Asam

 
GELOMBANG PEJUANG REFORMASI
WADAH PERJUANGAN
BERITA ALTERNATIF
FOKUS SALAH GUNA KUASA KHIR TOYO
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net