Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Ramai Ragu-Ragu Motif Trak Polis Dibakar
 



BALING: Beberapa orang penduduk yang ditemui di sini melahirkan rasa khuatir kenapa trak polis yang berada di bawah kawalan mereka boleh terbakar dalam satu insiden yang berlaku dua hari lepas.

Dalam kejadian itu, lebih 30 orang ahli PAS ditahan apabila polis mula menyembur air kimia dan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berkumpul untuk mendengar satu ceramah di Markas PAS di sini.

Seorang jurucakap PAS memberitahu permit polis tidak diperlukan kerana ia dibuat di dalam pejabat parti, walau bagaimanapun polis tetap bertindak kasar cuba menghuru-harakan keadaan.

Menurut seorang penduduk yang ditemui, rumah beliau juga turut dirosakkan pihak polis. Difahamkan pasukan yang menggempur pada hari itu didatangkan khas dari Kuala Lumpur.

Orang ramai juga khuatir jika trak itu sengaja dibakar oleh pihak polis untuk memburuk-burukkan imej penyokong PAS.

"Tidak mustahil ia berlaku kerana trak itu berada di bawah kawalan mereka. Kita lari lintang pukang dari air kimia," kata seorang lagi penduduk yang ditemui.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]