Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
BN Berusaha Untuk Mengharamkan PAS Sekarang?
 

Oleh: Anak Perelih

Beberapa hari yang lepas , saya ada membuat andaian yang mungkin ada usaha-usaha kearah pengharaman PAS akan dilalukan didalam masa terdekat ini. Selepas membaca berita yang mengatakan penyokong PAS menyerang trak polis dengan batu, kayu dan cuka getah (asid), media massa lagi hebat menyerang PAS dan pendokong reformasi dan makin hebat menggambarkan yang penyokong dan pemimpin parti pembangkang seperti Nik Aziz adalah ganas-ganas belaka. Dengan adanya propaganda seperti ini, jika berlaku pengharaman terhadap PAS, orang ramai yang terdedah dengan dakyah BN ini akan berkata tindakat tersebut adalah wajar kerana parti pas adalah parti ganas dan mempunyai hubungan dengan pengganas dan akan tiada simpati rakyat yang bukan ahli terhadap PAS.

Setiap hari selama 3 hari berturut-turut, berita serangan trak polis dan PAS ganas telah memenuhi akhbar dan berita TV (15 minit pertam diperuntukan untuk isu ini). Kenapa tindakan yang sama juga tidak dikenakan semasa pilihanraya Indera Kayangan bulan lepas. Saya mendengar khabar, 4 orang yang ditahan memukul saudara Johari telah dilepaskan dengan arahan Abdullah Badawi (ada juga berita yang mengatakan mereka sedang berada di penjara Alor Setar sekarang ini). Mengapa kes tersebut terus tenggelam..? kenapa mereka yang menahan bas pengundi hantu (tanpa mmerosakkan apa-apa atau mencederakan sesiapa) dikenakan pertuduhan di mahkamah...? kenapa tidak mendakwa penyokong BN yang mengganas di Kangar...?

Pemimpin BA perlu menekan kerajaan agar mereka yang ditangkap di Kangar dikenakan tindakan. Jika tiada tindakan.. mulakan usaha memberi penerangan kepada rakyat. Untuk memberi penerangan kepada rakyat, tidak perlu untuk mengadakan ceramah yang besar. Boleh diadakan ceramah kecil-kecilan oleh pemimpin BA diperingkat akar umbi, tetapi dengan syarat mereka perlu di updatekan selalu akan perkembangan semasa dan diberi latihan yang mencukupi sebagai persediaan mereka menjadi pemimpin yang lebih berwibawa serta penghubung antara rakyat di akar umbi dan pemimpin tertinggi parti BA. Dengan cara senyap ini, parti BA dapat mendekatkan diri dengan rakyat secara lebih berkesan.

Saya merasakan isu serangan trak polis itu sengaja diadakan supaya isu keganasan BN semasa pilihanraya Indera Kayangan tenggelam disamping usaha untuk menghalalkan akan pengharaman PAS. selain dari itu, usaha ini juga sebagai persiapan BN untuk mengistiharkan pilihanraya umum... mungkin dalam masa 1 tahun dari sekarang. Ditambah pula dengan ulasan samseng kampung Shahidan Kasim mencadangkan agar PAS diharamkan seperti mana pengharaman PKM.

Oleh itu saya menyeru agar pemimpin dan penyokong BA terutamanya PAS agar berhati-hati supaya tidak termasuk didalam perangkap ini dan agar tidak berlakunya pengharaman dan seterusnya mengagalkan perancangan BN tersebut. Selain dari itu parti-parti BA perlu mempersiapkan perancangan dan usaha untuk menghadapi pilihanraya umum nanti melalui berbagai cara untuk mendekati mereka-mereka yang diatas pagar serta ahli parti BN sendiri disamping menangkis serta menyerang BN dengan pelbagai isu dan fakta-fakta tanpa terlalu mengharapkan ceramah umum sahaja. Kempen terhadap mereka diatas pagar dan ahli parti BN hendaklah kearah membuat mereka berfikir secara rasional akan isu-isu semasa serta lebih kepada.. persoalan "mengapa perlu saya mengundi BN?" dan berikan sebab-sebab mereka tidak perlu mengundi BN menerusi fakta-fakta akan penyelewengan dan kezaliman pemimpin-pemimpin BN.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]