Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Petugas keADILan Diculik Dan Dicederakan, BN Pencetus Keganasan


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


KANGAR: Parti KeADILan Nasional mlahirkan rasa kesal kerana serangan propaganda bersifat ugutan dan samseng jalanan telah digunakan oleh petugas-petugas BN dalam usaha menakut-nakutkan petugas-petugas BA serta pengundi terutamanya di kalangan kaum Tionghua di Indera Kayangan.

Menurut Timbalan Ketua Pemudanya, Saiffuddin Ismail Nasution, kejadian memukul, menculik, mengugut, membelasah dan menyerang beberapa orang petugas parti KeADILan pada awal pagi ini adalah kemuncak dari siri-siri keganasan yang dilakukan oleh petugas-petugas BN sepanjang kempen pilihanraya kecil Indera Kayangan.

"Dalam kejadian awal pagi ini, Saudara SD Mohamad Johari Yasin, EXCO Pemuda KeADILan Pusat dan Ketua Pemuda Bahagian Shah Alam serta beberapa orang petugas parti KeADILan telah diserang oleh kira-kira 100 orang samseng di kalangan petugas parti BN, di hadapan beberapa anggota polis yang hanya melihat dan memerhatikan kejadian tersebut," kata Saiffudin.

Kejadian bermula apabila beberapa petugas parti KeADILan berjaya menjejaki kira-kira empat orang pekerja berpakaian seragam BN sedang mengoyak poster-poster parti KeADILan yang baru ditampal di sekitar Jalan Medan Baru.

"Beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian bukan sahaja gagal bertindak pantas, malahan gagal menghalang penyokong dan petugas BN yang sedang memukul dan menendang kereta Johari di hadapan mereka, walaupun petugas-petugas BA telah beberapa kali meminta mereka untuk membawa individu-individu yang terlibat ke balai polis."

Tambah Saifuddin lagi, dalam keadaan tertekan, setelah melihat pihak polis gagal untuk melindungi mereka, petugas-petugas KeADILan telah cuba untuk menyelamatkan diri."

"Johari telah dikejar dan terus dipukul berhampiran dengan tempat kejadian oleh beberapa puluh orang petugas BN. Beliau seterusnya diculik dan dibawa ke bilik gerakan UMNO Wilayah Persekutuan berdekatan dan terus dibelasah, ditumbuk, ditendang di kepala serta disepak oleh mereka selama kira-kira setengah jam sebelum diambil oleh pihak polis dari bilik gerakan tersebut dan dibawa ke balai polis."

"Beliau mengalami kecederaan yang teruk di seluruh badan dan kepala. Kereta beliau juga mengalami kerosakan yang teruk dengan kemek di seluruh badan kereta dan cermin kereta dipecahkan oleh samseng-samseng tersebut."

Kejadian ini adalah lanjutan dari siri ugutan terhadap petugas-petugas di bilik gerakan parti KeADILan di Pengkalan Asam pada 11 Jan 2002 dan serangan memecahkan cermin kereta pimpinan parti KeADILan, Dr Xavier Jayakumar.

Begitu juga dengan serangan terhadap beberapa orang petugas perayu undi KeADILan di kawasan Taman Kemajuan pada 12 Jan 2002 dan provokasi oleh kumpulan bermotosikal terhadap ceramah-ceramah BA, yang bertujuan tidak lain dari cubaan untuk menakut-nakutkan pengundi di DUN Indera Kayangan.

Saifuddin menambah KeADILan kesal dengan sikap tidak acuh dan tidak professional pihak polis dalam menangani kejadian ini telah menyebabkan beberapa anggota petugas KeADILan mengalami kecederaan yang teruk.

"Oleh itu, KeADILan mendesak agar pihak polis mengambil tindakan segera, cepat dan betul dengan menangkap dan mendakwa petugas-petugas BN yang telah bukan sahaja melanggar Akta Pilihanraya setelah mereka mengoyakkan poster-poster calon dan yang bertindak ganas itu.

"KeADILan juga menuntut pihak polis bertindak pantas dan lebih bersikap professional tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam mengawal keadaan, dan tidak hanya menumpukan usaha untuk menggagalkan ceramah-ceramah umum anjuran Barisan Alternatif.

"Kami khuatir sekiranya kejadian-kejadian seperti ini dibiarkan berlanjutan tanpa sebarang tindakan tegas, keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal, dan mungkin akan mencetuskan suasana huru-hara sebagaimana yang sering dicetuskan oleh BN dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini." Saifuddin juga menyeru penyokong-penyokong BA dari seluruh Malaysia agar hadir membantu petugas-petugas dan perayu undi BA di Indera Kayangan. - ER


 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]