Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemimpin MCA  Akui keADILan Berjaya Memperolehi Lebih 30% Sokongan Pengundi Cina Di Indera Kayangan
 



Laporan akhbar The Star semalam memetik pelbagai kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin MCA yang secara senyap-senyap mengakui bahawa sokongan pengundi Cina banyak beralih kepada keADILan dalam PRK Indera Kayangan baru-baru ini.

Dalam kehangatan pemimpin-pemimpin MCA menghadiri pelbagai jamuan mengikut puak masing-masing, isu peralihan sokongan pengundi Cina menjadi topik yang hangat.

Dalam satu majlis makan malam di Sungei Pelek Isnin lalu, Naib Presiden Datuk Chan Kong Choy mengingatkan MCA supaya tidak merayakan 'kemenangan' itu walaupun mendapat penambahan 31% majoriti. Beliau dilaporkan berkata demikian setelah merujuk kepada kemenangan MCA yang disebabkan oleh pengundi Melayu, bukannya pertambahan dari pengundi Cina.

Malah, Timbalan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew menyifatkan keadaan itu (peralihan undi Cina kepada keADILan) sebagai 'krisis besar'.

Di sebalik perdebatan peralihan undi Cina kepada keADILan, keretakan dalam parti MCA sudah tidak dapat diselimutkan lagi.

Tidak kurang 24 jam selepas PRK Indera Kayangan, Timbalan Presiden Datuk Lim Ah Lek di dalam satu majlis di Lembah Kelang berucap kepada para hadirin bahawa 'cermin yang retak tidak boleh dibaiki lagi', rujukan kepada hubungannya dengan presiden Datuk Seri Ling Liong Sik.

Pemimpin MCA yang berpihak kepada Ling pula menuduh pemimpin-pemimpin Team B berkelakuan seperti pembangkang apabila bersetuju dengan Naib Presiden keADILan bahawa undi Cina telah beralih kepada keADILan sebanyak 30%.


(Pemuda keADILan Pusat)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]