Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Sampai Bila PAS Mesti Bertahan?
 


Oleh: Fairulliza NS

Sejak kebelakangan ini, terutamanya setelah BN berjaya di dalam tipu helahnya memenangi Pilihanraya Kecil DUN Indera Kayangan, serangan demi serangan begitu hebat dilakukan terhadap Parti Pembangkang terutamanya Parti PAS. Serangan berupa 'perang saraf' ini telah dibantu oleh jentera-jentera kerajaan dan juga media-media mereka. Mungkin bagi mereka, Parti KeADILan tidak lagi berupaya mengancam mereka setelah parti serpihan UMNO tersebut 'tersungkur' di Indera Kayangan.

Kini, PAS pula akan dijadikan mangsa mereka dan program untuk melemahkan PAS telahpun bermula. Mereka tahu, PAS tidak akan berupaya menangkis serangan-serangan mereka memandangkan tiada lagi ruang untuk PAS membalas segala tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS. Mereka juga maklum, PAS yang selama ini begitu taat dengan `undang-undang' ciptaan mereka, pastinya akan terus bertahan sehingga Pilihanraya Umum 2004. Justeru itu, sudah pasti usaha mereka untuk menyekat pengaruh PAS akan berjaya sekiranya `ketaatan' membuta tuli ini terus diamalkan oleh PAS. Bagi masyarakat yang cerdik dan berilmu, mereka samasekali tidak akan terpedaya dengan seribu macam helah dan propaganda kerajaan, namun berapa ramaikah di kalangan rakyat negara ini yang cerdik serta berilmu?

Seorang demi seorang pejuang-pejuang Islam serta pejuang-pejuang kebenaran berada di dalam kurungan tanpa dibicarakan. Pemimpin-pemimpin PAS terus berucap berapi-rapi menyeru agar semangat jihad dinyalakan. Tapi, kini siapa yang terpenjara dan apakah kita akan terus membiarkan mereka-mereka ini `mati kekeringan' di dalam penjara itu? Perlukah lagi kita terus bertahan dan bertahan sedangkan sedikit demi sedikit pejuang-pejuang kecil kita ini dikorbankan? Bilakah pula pejuang-pejuang besar akan merasai erti keperitan berjuang di dalam penjara? Bukan kita mahu pemimpin-pemimpin kita menyerah diri ke penjara, tetapi sekurang-kurangnya kita mestilah menunjukkan bahawa perjuangan kita benar-benar suci kerana Allah dan bukankah jihad itu jalan kita dan syahid itu impian kita?

Kita tidak perlu mengangkat senjata atau menumpahkan darah untuk perjuangan ini. Memadailah kita berjuang seperti sediakala, dengan mengatur segala program penerangan tidak kira di mana. Teruskanlah siri-siri ceramah dan penerangan selagi media-media kerajaan berterusan menyerang kita. Di saat ini, alangkah baiknya sekiranya pejuang berani seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim berada bersama kita. Apakan daya, setelah kita menerima tuah yang ditinggalkannya yang bukan sedikit memberi keuntungan kepada PAS, kita seolah-olah lupa akan kata-kata hikmatnya sebelum melangkah ke penjara iaitu `LAWAN TETAP LAWAN'.

Semoga Parti PAS akan terus kembali bersemangat seperti dahulu kerana dengan semangat berani itulah kita telahpun dapat melihat keberkatannya. Andainya kita masih menunggu untuk berceramah ketika pilihanraya semata-mata, tidak hairanlah nanti kita akan terpedaya dan tersungkur seperti di Indera Kayangan. Semoga Allah memelihara agamanya. TAKBIR!!

(WebReformis)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]