Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Dr Badrulamin : Perjuangan Diteruskan!
 



Assalamualaikum dan Salam Reformasi.

Telah hampir 3 bulan saya dilepaskan dari Kamunting dengan syarat-syarat yang zalim dan menekan. Saya tetap menegaskan bahawa syarat-syarat tersebut hanyalah satu tipu helah untuk menyekat arus kebangkitan rakyat. Saya diperlakukan seperti seorang penjenayah sedangkan saya hanya melaksanakan tugas saya sebagai warganegara sebuah Negara yang mengamalkan Demokrasi.

Saya dihalang dari bergerak dan bercakap sedangkan itulah tugas saya sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Itulah usaha saya untuk menyara keluarga saya yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia yang dengan jelas memberi hak setiap individu untuk mencari kehidupan yang halal di Negara ini. Seorang petani tidak boleh dihalang dari bercucuk tanam, seorang nelayan tidak boleh dihalang dari mencari ikan dan saya sebagai pendakwah, penceramah, motivator dan konsultant masyarakat tidak boleh dihalang dari bercakap dan hidup bermasyarakat.

Jika penahanan saya dulu tidak kerana politik seperti yang didakwa, mengapa kini saya dihalang dari berpolitik? Apa pula alasan mereka menghalang saya dari menyampaikan ilmu-ilmu agama yang telah diamanahkan kepada saya? Apakah saya mengajar ajaran sesat? Sudah berapa ramai yang saya sesatkan ketika menjadi pensyarah di UIA selama 15 tahun? Berapa ramai pula yang saya pesongkan dari ajaran sebenar ketika saya giat berdakwah dalam TV dan radio suatu masa dulu? Apakah saya juga perlukan tauliah sedangkan saya yang 'mendidik' mereka yang kononnya punya kuasa memberi tauliah?

Setelah berbincang dengan DSP Zufami (Ketua Cawangan Khas Gombak), saya telah membuat surat permohonan untuk memberikan kuliah agama di Surau dan Masjid malangnya jawapan lisan yang diberi menerusi Insp. Muru di Pejabat Cawangan Khas Gombak, Rawang ialah surat permohonan saya tidak dapat diproses tanpa surat kebenaran ceramah dari Pejabat Agama Daerah.

Akibat dari tekanan tersebut, keluarga saya menanggung kesulitan. Isteri saya terpaksa mengurus semua urusan keluarga dan kehidupan diluar rumah. Urusan perpindahan sekolah anak-anak saya ke Kelantan juga ditangani oleh isteri saya yang terpaksa menaiki bas pergi dan balik. Dari urusan keluarga hingga urusan luar keluarga semuanya diambilalih oleh isteri saya yang dulunya mengabdikan diri kepada urusan dalam rumah.

30 Jan ini pula saya akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melanggar syarat tahanan. Dan hukumannya adalah penjara. Persoalannya, mengapa kes penahanan saya pada April 2001 yang merupakan persoalan pokok tidak dibicarakan sedangkan kes pelanggaran syarat yang merupakan ranting akan dibicarakan? Apakah kerana mereka tidak punya bukti untuk membicarakan saya berkaitan senjata api, bom tangan dan pelancar roket seperti yang didakwa oleh KPN?

Oleh itu, untuk meneruskan perjuangan ini, sebagai membantah kezaliman berterusan yang dikenakan keatas saya dan keluarga, maka saya dan isteri mengambil tindakan menyokong tindakan Sdr. Anwar Ibrahim dan rakan-rakan di kamunting dan beberapa rakan lain untuk turut sama melakukan bantahan dengan berpuasa sehinggalah penganiyaan ini dihentikan.

Saya juga menyeru kepada seluruh pendukung keadilan dan penentang kezaliman agar menyokong tindakan kami ini dengan turut sama melakukan bantahan dengan apa cara sekalipun. Saya juga menyeru agar diteruskan program solat Hajat di semua tempat baik perseorangan atau jamaah. Semoga sinar keadilan terbit dan bercahaya di Negara tercinta.

Salam Perjuangan dari saya dan isteri.

Badrulamin & Zumrah
Kepong 22 Jan. 2002
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]