Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Anwar: Gani Patail Ada Di Bukit Aman Ketika Saya Dipukul


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)




KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Peguam Negara yang baru dilantik, Dato’ Gani Patail berada di Bukit Aman ketika beliau dibelasah oleh Rahim Noor pada 20 September 1998.

Oleh itu menurut Anwar, Gani terlibat dalam kospirasi menjatuhkan beliau sejak awal lagi. "Beliau campurtangan dalam kes siasatan polis serta bersekongkol dengan bekas Peguam Negara, Mohtar Abdullah.

Beliau juga mereka cipta keterangan terhadap saya dengan mengugut Nallakaruppan, membantu dan kemudiannya megetuai pendakwaan terhadap saya," kata Anwar dalam kenyataan melalui peguam beliau, Sankara N Nair.

Jesteru itu kata Anwar, adalah tidak wajar Gani menangguhkan kes rayuan beliau dengan memberi alasan cetek bahawa beliau (Gani) tidak bersedia kerana baru sahaja dilantik sebagai Peguam Negara beliau cukup sedia maklum mengenai kes tersebut.

"Jelas sekali Peguam Negara membuktikan beliau akur dengan arahan Perdana

Menteri yang bimbangkan kesedian peguam-peguam saya mengemukakan hujah-hujah kukuh di mahkamah nanti," tambah Anwar.

Pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul mendapati Anwar bersalah kerana 'menghalang tugas polis' dan dijatuhkan hukuman enam tahun penjara, di bawah seksyen 2 (1) ordinan 22 (1970). Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 29 April 2000 tidak memberi apa-apa perubahan.

Ini adalah kali ketiga rayuan ke Mahkamah Persekutuan ini ditangguhkan. Mahkamah Persekutuan mulanya menetapkan 27 November 2000 untuk mendengar rayuan tersebut tetapi ditangguhkan kerana Anwar mengalami sakit tulang belakang. Mahkamah tersebut kemudiannya menetapkan tarikh 12 November 2001 sebelum ditangguhkan kerana salah seorang hakim yang bakal mendengar kes tersebut sakit. Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 januari untuk mendengar kes tersebut.

Bagaimana pun, 11 Januari lalu Sankara menerima fax dari Jabatan Peguam Negara memaklumkan penagguhan rayuan kes Anwar yang dijadualkan pada 14 Januari. "

Gani menjelaskan bahawa kes tersebut terpaksa ditangguh kerana beliau mempunyai urusan lain yang lebih penting. Beliau juga berkata beliau baru saja dilantik oleh itu memerlukan masa untuk menyediakan kes tersebut," kata Sankara.

Menurut Sankara, Anwar amat marah dan kecewa dengan penangguhan kesnya itu.

"Saya amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, kata Anwar. Anwar enggan makan makanan yang disediakan oleh pihak penjara Sungai Buloh sejak 11 Januari lalu.

Anwar memulakan mogok lapar sebagai bantahan kepada penangguhan itu mulai 9.00 pagi isnin 14 Januari ini dan diberitakan akan meneruskannya sehingga rayuan kesnya didengar. -ER



 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]