Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

YB Saifuddin: Insiden Penculikan EXCO Pemuda Bukti Taktik Keganasan BN


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)




Parti keADILan Nasional semalam mengutuk sekeras-kerasnya taktik keganasan yang digunakan oleh petugas BN bagi menakut-nakutkan pengundi menjelang pilihanraya kecil Indera Kayangan hujung minggu ini.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda keADILan YB Saifuddin Nasution, insiden yang mana EXCO Pemuda Saudara SD Johari dipukul, diculik dan diugut menjadi bukti nyata bahawa realiti sebenar di peringkat akar umbi adalah sama sekali bertentangan dengan propaganda media milik kawalan BN.

Beliau merujuk kepada pelbagai kempen propaganda kotor yang diputarkan melalui media perdana yang memfitnah BA mendokong kekerasan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media tergempar selepas EXCO Pemuda keADILan, Saudara SD Johari diculik dan dibelasah oleh lebih 100 orang samseng UMNO.

Beliau kini menerima rawatan di hospital.

Menurut kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Ir Haji Sahri Bahri dan YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail, keADILan menganggap insiden keganasan itu adalah taktik menakut-nakutkan petugas BA, terutamanya yang berbangsa Tionghua.

Ini berikutan tanda-tanda awal sokongan terhadap BA semakin meningkat walaupun hari berkempen masih ada lima hari lagi.


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]