Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Anwar Mulakan Mogok Lapar: Bantah Penundaan Mendengar Rayuan Kes


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)




KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan 'berpuasa bantahan', iaitu tindakan yang menyerupai mogok lapar bermula 9.00 pagi isnin 14 Januari ini, bersamaan masa dan tarikh rayuannya sepatutnya didengar Langkah ini adalah sebagai membantah tindakan pihak pemerintah Malaysia, khususnya badan perundangan yang didakwa melambat-lambatkan mendengar rayuan kes pertama beliau itu.

Mahkamah Persekutuan mulanya menetapkan 27 November 2000 untuk mendengar rayuan tersebut tetapi ditangguhkan kerana Anwar mengalami sakit tulang belakang. Mahkamah tersebut kemudiannya menetapkan tarikh 12 November 2001 sebelum ditangguhkan kerana salah seorang hakim yang bakal mendengar kes tersebut sakit. Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Januari 2002 untuk mendengar kes tersebut.

Bagaimana pun pada 11 Januari lalu, Peguam Anwar, Sankara N Nair menerima fax dari Peguam Negara, Dato’ Gani Patail memaklumkan rayuan buat kali ketiga itu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan dengan alasan Gani baru saja dilantik oleh itu memerlukan masa untuk menyediakan kes tersebut

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Sankara, Anwar berkata beliau amat marah dan kecewa dengan penangguhan kesnya itu. "Saya kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. Saya juga sangat kecewa bila Peguam Negara, Dato’ Gani Patail memberi alasan cetek untuk penangguhan tersebut," Kata Anwar.

"Adalah tidak wajar Gani memberi alasan bahawa beliau (Gani) tidak bersedia sedangkan beliau terlibat dalam kes malah konspirasi terhadap saya sejak awal," kata Anwar. Anwar enggan makan makanan yang disediakan oleh pihak penjara Sungai Buloh sejak 11 Januari lalu dan diberitakan akan meneruskannya sehingga rayaun kesnya didengar.

Mahkamah Persekutuan adalah saluran perundangan terkahir bagi Anwar

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan penyokong-penyokong Anwar akan bersama-sama mengadakan mogok lapar tersebut sekiranya pihak berkuasa tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada Anwar.

"Kami sedang mengawasi keadaan dan akan menyertai mogok ini bila tiba waktunya," kata jurucakap kumpulan tersebut, Raja Petra Kamaruddin. - ER


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]