Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Cadangan Meminda Peraturan Tetap Pemuda keADILan
 

Mesyuarat Exco Pemuda  yang berlangsung pada 1 Januari 2002 telah mengambil ketetapan menerima cadangan Biro Politik Pemuda supaya Peraturan Tetap Pemuda yang ada sekarang dipinda. Peraturan Tetap Pemuda dipinda adalah untuk;

· Memperkemaskinikan kandungan peraturan tetap tersebut berdasarkan versi terbaru perlembagaan parti
· Menukar sebarang peraturan yang bercanggah satu sama lain, atau dengan versi terbaru perlembagaan parti
· Mewujudkan cabang-cabang dan ranting-ranting organisasi yang sewajarnya demi melicinkan pentadbiran Pemuda

Mesyuarat juga bersetuju melantik Sdr. Adlan Benan Omar (Setiausaha Pemuda) untuk mempengerusikan JKK Khas untuk mengkaji Peraturan Tetap tersebut. Lain-lain ahli JKK Khas tersebut adalah:

· Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin, Naib Ketua Pemuda Pusat
· Sdr Saiful Izham Ramli, Penolong Setiausaha Pemuda Pusat
· Sdr Ong Chin Wen, Penolong Setiausaha Pemuda Pusat
· Sdr Hamidzun Khairuddin, Ketua Pemuda Selangor
· Sdr Ahmad Nizam Abdul Hamid, Exco Pemuda Pusat
· Sdr Mohd Rafizi Ramli, Exco Pemuda Pusat
· Sdr Chai Chee Fatt, Setiausaha Kerja Pusat

JKK Khas ini akan membuat laporan sewajarnya kepada Mesyuarat Exco Pemuda Pusat dalam masa sebulan dari sekarang.

Ahli-ahli Pemuda KeADILan di semua peringkat dipelawa memberi pandangan masing-masing sebelum 2 Mac 2002 kepada Setiausaha Kerja Pemuda di alamat rasmi parti atau melalui e-mel kepada chai@pemuda-keadilan.org.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]