Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Memo17 Tajaan Khir Toyo Melambak Di masjid Ketika Umat Islam Solat Jumaat
 


Oleh : PEMBERITA CABUK


KUALA LUMPUR: Masjid-masjid sekitar Lembah Klang dijadikan tempat untuk dilambakkan akhbar Memo17, yang diterbitkan oleh pengampu Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, sebagai kesempatan di atas kehadiran jamaah solat Jumaat, 25 Januari.

Akhbar yang tidak tercatat siapa penerbit dan pencetak, setebal 16 halaman, mengambil sepenuhnya artikel dalam sebuah laman web rasmi Umno, yang mempertahankan Dr Khir Toyo daripada segala dakwaan rasuah dan salahguna kuasanya.

Akhbar ini, yang diedarkan secara percuma di masjid-masjid, mengulangi bentuk Memo15(yang diedarkan semasa bulan puasa yang lalu), yang juga bertujuan untuk mengelirukan pembaca yang selama ini mengikuti akhbar tidak berkala Memo, yang diterbitkan oleh Ahmad Lutfi Othman. Secara keseluruhannya, akhbar yang ditaja oleh Khir Toyo sendiri itu, cuba menepis segala tuduhan rasuah yang dikemukakan Lutfi kepada BPR. Bagaimanapun, tiada jawapan konkrit yang diberikan bagi menangkis lima aduan Lutfi kepada BPR, bermula 23 Oktober lalu.

Dipercayai akhbar itu diterbitkan bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri khususnya bahawa Khir tidak mudah menyerah kalah, sepertimana Abu Hassan Omar dulu. Namun beratus ribu ringgit terpaksa dihanguskan hanya bertujuan untuk mempertahankan seorang perasuah yang sudah hilang wibawa itu. Memo17 hanya memberikan jawapan tidak berasas kepada dakwaan terbaru Lutfi bahawa Khir menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan satu tapak banglo di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

Sebagai bukti, Lutfi mengemukakan dua salinan surat daripada Pengurus Besar PKNS yang, pertama menawarkan tanah itu dengan harga RM20 sekaki persegi, dan satu lagi surat yang meluluskan permohonan Khir untuk tanah berkenaan, tapi dengan diskaun 50 peratus, iaitu RM10 sekaki persegi. Yang lucunya, penulis upahan dalam Memo17 itu mendakwa Khir tidak pula mengambil tanah milik orang lain kerana tanah berlokasi strategik itu dikatakan tidak laku dijual sejak dibuka kepada umum pada 1998.

Ini satu pembohongan yang nyata --pertimana Khir berbohong di DUN Selangor pada 31 Oktober lalu bahawa dia tidak menerima tawaran tanah berkenaan -- kerana tinjauan di PKNS Bangi menunjukkan tanah itu sememangnya tidak pernah dibuka untuk jualan kepada umum. Justeru, untuk mengelak dari masyarakat memperkatakan pertuduhan rasuah kepadanya, Memo17, seperti juga Memo15 dulu, mengambil pendekatan membuat lagi fitnah dengan menimbulkan isu-isu yang langsung tidak ada kena mengena dengan subjek yang dibincangkan. Pelbagai cerita tentang Lutfi dan Hassan Ali direka-reka.

Bagi pengampu Khir, inilah jalan terakhir mereka untuk menyelamatkan MB yang jelas mengamalkan rasuah itu. Memang betul, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akan mempertahankan Khir dengan apa saja sekalipun, kerana Khir adalah pilihan peribadi Mahathir sendiri, namun bagaimana pula dengan kesedaran rakyat dalam isu ini.

Pengampu Khir boleh mengeluarkan apa saja akhbar yang tidak mempunyai identiti diri itu -- baling batu sembunyi tangan -- tetapi kesan akhirnya berada di tangan rakyat. Merekalah yang bakal menentukan nasib Khir dan nasib BN Selangor dalam pilihan raya akan datang.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]