Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Kesihatan Anwar Mungkin Terjejas


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



Oleh Roy Rasul

- Keadaan Dato' Seri Anwar Ibrahim didapati lemah dan bilangan protin di dalam darahnya sudah berkurangan.

Ini diberitahu oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah yang melawat Anwar di penjara Sungai Buluh semalam bersama-sama anak-anak serta bapa mentuanya, Dato' Ibrahim Abdul Rahman.

"Puasa Anwar adalah sebagai satu-satunya cara untuk memaksa pihak berkuasa mempercepatkan kesnya ke mahkamah," kata Azizah.

Walaupun mengancam kesihatan, Azizah berkata Anwar tetap juga dengan pendiriannya iaitu terus berpuasa.

"Anwar sekarang berpuasa tanpa bersahur dan beliau hanya makan sewaktu berbuka sahaja.

"Adalah diharap dengan cara ini, kesnya tidak akan lagi ditangguh," kata Azizah lagi.

Sementara itu, peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Sankara Nair memberitahu Anwar mengambil tindakan berpuasa itu disebabkan kes rayuannya pada Sabtu 12 Januari lepas ditangguhkan ke satu tarikh yang lain pula.

Berikutan itu katanya, Anwar terus tidak mahu makan sebaliknya beliau berpuasa setiap hari dengan mengambil makanan sewaktu berbuka sahaja.

Beliau berkata, walaupun minggu lepas doktor yang merawat Anwar memberitahu bahawa tahap protin dalam darahnya kurang tetapi Anwar masih meneruskan mogok laparnya.

"Keadaan inilah yang kami khuatir kerana ia boleh menjejaskan kesihatannya," katanya.

Setakat ini juga katanya, sejak November 2000, kes rayuan di Mahkamah Persekutuan yang membabitkan kes rasuahnya telah tiga kali ditangguhkan dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.


(HarakahDaily)


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]