Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rayuan Anwar Ditetapkan 4 Februari
 


- Mahkamah Persekutuan menetapkan 4 hingga 7 Februari ini untuk mendengar rayuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Anwar, Sankara N nair mengesahkan menerima faks dari mahkamah memaklumkan tarikh baru tersebut.

Sebelum ini rayuan kes pertama Anwar yang mengkibatkan beliau terpenjara selama enam tahun itu ditangguh sebanyak tiga kali.

Terbaru, rayuan yang sepatutnya didengar pada 14 Januari lalu ditangguh pada saat-saat akhir dengan alasan Peguam Negara, Dato' Gani Patail yang baru dilantik belum bersedia menangani kes tersebut.

Walau bagaimana pun salah seorang peguam Anwar, Zulkifli Nordin berkata sebab utama rayuan itu terpaksa ditangguhkan ialah kerana bimbangkan pembohongan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Sri
Dr Mahathir akan terbongkar menjelang pilihan raya kecil Indera Kayangan.

Mahkamah Persekutuan adalah saluran perundangan terakhir bagi Anwar dan 4 Februari ini juga merupakan julung-julung kalinya Anwar muncul di khalayak ramai selepas sekian lama terkurung dalam penjara.-ER
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]