Make your own free website on Tripod.com
Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Azmin Ali : KeADILan terima keputusan Indera Kayangan 


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

- Parti Keadilan Nasional (Keadilan) menerima kekalahan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan walaupun terkejut dengan keputusan itu.

Naib Presiden Keadilan Azmin Ali yang juga Pengerusi Bersama parti-parti pembangkang bagi pilihan raya kecil itu ketika ditemui di Bilik Gerakan Keadilan di Jalan Seruling di sini berkata, parti itu menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi.

"Majoriti tinggi pun bukanlah satu majoriti yang selesa bagi BN kerana kami sememangnya tidak dapat menandingi jentera kerajaan yang besar," katanya.

Para pemimpin parti harus mengkaji keputusan itu untuk mengatur strategi di masa hadapan, katanya.

Calon Keadilan Khoo Yang Chong ketika ditemui di bilik gerakan itu pula berkata beliau menerima keputusan itu walaupun ia merupakan satu keputusan yang mengejutkan.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan:

Oui Ah Lan (MCA) - 4,279
Khoo Yang Chong (keADILan) - 1,687
Undi rosak - 81

Oui Ah Lan menang dengan majoriti 2,592

Ucapan Terima Kasih.

Sementara itu Jurucakap JKK Pilihanraya BA di sini merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas dan penyokong yang berkorban sepanjang tempoh berkempen.

Penghargaan yang sama turut diucapkan oleh calon BA Cikgu Khoo. Beliau berterima kasih di atas pengorbanan dan tungkus lumus petugas berbilang bangsa sejak dua minggu lepas.

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]