Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Perlantikan Khir Sebagai Ketua Perhubungan Umno Jejaskan Lagi Nama Dr Mahathir
 


Oleh : AYAH CHIK


Terkejut saya mendengar kenyataan Presiden Umno bahawa Dr Khir Toyo yang kini sedang diasak dengan bermacam-macam tuduhan berkaitan rasuah diangkat menjadi Ketua Perhubungan Umno Selangor yang baru. Memang benar Khir belum terbukti bersalah, tetapi sebagai seorang tokoh yang sedang disiasat dan isunya dibincangkan di mana-mana dan menarik perhatian ramai, agak tidak elok beliau dilantik ke jawatan penting itu.

Tapi mungkin ada pihak yang berpandangan, berbanding Mat Taib yang juga mempunyai rekod buruk dari segi salahguna kuasa dan amalan rasuah, apa salahnya kita pilih Khir Toyo. Kalaupun Khir dituduh melakukan rasuah, sekurang-kurangnya belum terbukti lagi walaupun Lutfi mengemukakan macam-macam dokumen sokongan untuk kuatkan tuduhannya. Tapi, itulah malangnya kita apabila terpaksa memilih yang terbaik di kalangan yang buruk-buruk belaka.

Tidak dipastikan pula apakah perlantikan Khir ini bermula dari kehendak Dr Mahathir ataupun disebabkan kemahuan Mat Taib sendiri yang mahu melepaskan jawatan itu?

Apa pun alasannya, Umno Selangor sedikitpun tidak mendapat keuntungan daripada perlantikan baru ini kerana pihak pembangkang akan lebih giat lagi berkempen memburuk-burukkan Umno dan Perdana Menteri sendiri. Maka semakin hebatlah pembangkang mendakwa Mahathir sengaja memilih tokoh yang rasuah untuk mengawal mereka ataupun memastikan Khir akan mengikut apa saja kata daripada Mahathir.

(UMNO-REFORM)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]