Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
YB Ustaz Nasharudin Mat Isa: Tuduhan Penyokong PAS Menyerang Polis: "Kemukakan Bukti Dahulu"
 


KUALA Lumpur: Setiausaha Agung PAS YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyeru agar pihak berkuasa mengemukakan bukti terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan liar memburuk-burukkan penyokong PAS.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh pihak polis dan Timbalan Perdana Menteri menuduh orang ramai yang menghadiri satu ceramah di Kuala Ketil baru-baru ini merancang terlebih dahulu menyerang pihak polis.

Dalam kejadian itu, lebih 30 orang ramai ditahan termasuk dua wanita. Dua orang daripada mereka masih ditahan reman sehingga kini.

Pihak polis turut mendakwa kononnya orang ramai yang hadir dalam satu ceramah yang diadakan di dalam kawasan Markas PAS itu turut membakar sebuah trak polis.

Dakwaan ini ditolak dan dipersoalkan oleh penduduk tempatan, memandangkan trak itu berada di bawah kawalan polis. Lebih dari itu, ia berada di belakang barisan polis yang bertindak memukul orang ramai dan menembak gas pemedih mata.

"Bagaimana kita boleh bakar trak mereka kalau kita sendiri dikepung dengan pasukan polis dan gas pemedih mata?" tanya seorang penduduk yang ditemui.

Sementara itu, YB Ustaz Nasharuddin dilaporkan berkata bahawa selagi tiada bukti dikemukakan, dakwaan itu hanyalah tuduhan liar semata-mata.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]