Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Sebahagian Besar Ahli Baru keADILan Adalah Berbangsa Cina: Setiausaha Agung
 



PETALING Jaya: pemuda-keadilan.org dimaklumkan baru-baru ini bahawa sebilangan besar ahli-ahli baru keADILan sejak dua bulan lepas adalah berbangsa Cina. Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan akhbar perdana bahawa ramai ahli keADILan akan meninggalkan parti itu ekoran tindakan beberapa orang ahli di Perlis ketika kempen PRK Indera Kayangan dua minggu lepas.

Menurut Ir. Haji Shari Bahri, dalam bulan Disember 2001 dan awal Januari 2002, seramai 1,618 orang ahli baru telah menyertai parti.

Di samping itu, dua puluh tiga bahagian baru sudah didaftarkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 143 bahagian di seluruh negara. Sebelum ini, keADILan meletakkan target mempunyai bahagian di setiap kawasan parlimen menjelang pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga menambah bahawa keADILan kini mempunyai 344 cawangan di seluruh negara.

Kata Ir. Haji Sahri lagi, fenomena ramai golongan muda berbangsa Cina menyertai keADILan sememangnya menjadi igauan besar Barisan Nasional kerana ia bermakna 'ombak perubahan' yang selama ini diura-urakan hanya disertai oleh orang Melayu, kini turut sama disahut oleh golongan muda berbangsa Cina.

"keADILan akan terus tingkatkan usaha untuk jadikan parti ini benar-benar berbilang kaum," beliau berkata lagi.


(Pemuda keADILan Pusat)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]