Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

KeADILan Semakin Mantap Dan Masih Ditakuti Umno


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


- Pemimpin KeADILan di sini optimis parti itu akan terus mantap di bawah kepemimpinan baru dalam memperjuangkan keadilan di negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi KeADILan, Ustaz Mohamad Mustafa berkata, parti itu akan terus melangkah mengharungi arus politik negara yang banyak halangan dan rintangannya.

Katanya, walaupun berlaku perubahan pada pucuk kepemimpinan selepas perhimpungan agungnya tahun lepas, namun parti itu masih kuat dan mantap.

"Gabungan kepimpinqan yang ada sekarang adalah antara yang terbaik untuk terus membawa KeADILan menghadapi pelbagai cabaran tersebut," kata beliau lagii.

Menurut beliau lagi, walaupun ada pemimpin yang sudah tidak bersama-sama barisan kepemimpinan, namun mereka tetap memberi sumbangan kepada perjuangan parti.

Katanya, ada pemimpin yang lebih selesa bergerak di atas platform badan bukan kerajaan untuk merealisasikan matlamat perjuangan mereka.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Peringat berkata, kekuatan yang ada pada KeADILan menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) melihatnya sebagai ancaman besar kepada parti Melayu itu.

Sehubungan itu, beliau melihat tidak ada sebab mengapa rakyat harus mempercayai tohmahan pemimpin Umno, kononnya KeADILan tidak akan bertahan lama.

Malah, katanya, Umno sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri apabila melihat ada parti lain yang berupaya mengugat kedudukannya.Umno membesarkan tindakan segelintir ahli parti itu keluar parti menggambarkan hakikat bahawa KeADILan masih ditakuti oleh parti Melayu itu.

Kata beliau, sekiranya Umno menganggap KeADILan tidak mempunyai taring, maka sudah tentu berita keluar masuk ahli parti tidak menjadi isu penting pemimpin parti tersebut.

"Apa-apa yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menggambarkan bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) begitu risau dengan kewujudan KeADILan yang secara bersama-sama dengan PAS dan Parti Rakyat Malaysia menguatkan Barisan Alternatif (BA)," kata beliau.

"Sekiranya KeADILan tidak kuat, sudah tentulah tidak berlaku suasana kelam-kabut di pihak BN dalam menghadapi pilihan raya kecil Indera Kayangan tempohari," katanya, merujuk kepada perpecahan dalam MCA dan juga jentera pilihan raya Umno.

Pada 13 Januari lepas, media massa harian melaporkan Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, dipetik sebagai berkata, bahawa beliau berkeyakinan KeADILan akan hilang begitu sahaja, setelah ahli-ahlinya tidak lagi berminat menyertainya.

Mohamad seterusnya berkata, perbuatan pemimpin Umno melemparkan pelbagai tuduhan terhadap KeADIlan, adalah tribulasi yang akan mematangkan lagi parti itu.

"Perjuangan untuk membina tapak yang kukuh tentunya tidak akan berlaku dalam masa sehari dua," katanya yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan.

"Ini adalah proses biasa yang berlaku terhadap mana-mana parti politik di seluruh dunia. Tanpa halangan dan rintangan, sesebuah parti itu tidak akan ada daya juang yang akan mengukuhkannya, justeru Umno tidak perlu menjadi jaguh dalam mentafsir kekuatan sebenar KeADILan," tambah beliau lagi.


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]