Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pejabat Peguam Anwar Digeledah
 


- Pejabat salah sebuah firma yang mengendalikan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Kamar Ainiah, Raziff and Co dipecahkan dan digeledah awal pagi semalam.

Menurut salah seorang peguam yang mengendalikan firma tersebut Kamar Ainiah Bt Kamaruzzaman, beliau terkejut apabila mendapati pintu pejabatnya terbuka dan dipecahkan ketika sampai di pejabat pada waktu pagi.

"Dipercayai penceroboh tersebut masuk melalui bumbung dan menggeledah fail-fail yang terdapat di pejabat saya," kata Puan Kamar kepada Harakah.

Menurut Puan Kamar, penceroboh tersebut mungkin mencari sesuatu dokumen kerana barang-barang berharga seperti duit dan komputer tidak diambil.

Ini bukanlah kali pertama pejabat peguam-peguam Anwar digeledah. Selain pejabat Kamar yang digeledah dan diceroboh bebebrapa kali sebelum ini, pejabat peguam Pawanchik Marican pernah diceroboh dan digeledah dan kereta milik peguam Christopher Fernando pernah dipecahkan pada tahun 1999.

Laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat.-ER

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]