Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes) PEMUDA keADILan NEGERI SELANGOR

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Azmin Ali :
KeADILan Dapat Menangi Sokongan Pengundi Cina Tanpa Bantuan DAP
 

- Naib Presiden parti Keadilan Azmin Ali berkata keputusan pilihanraya kecil Indera Kayangan Sabtu lalu membuktikan partinya “tidak perlukan bantuan DAP untuk memenangi undi orang Cina”.
Menurutnya, sudah menjadi pengetahuan umum sekarang ini bahawa Keadilan masih mampu memperoleh sokongan orang Cina tanpa DAP.

“DAP hendaklah bersikap jujur dalam menghadapi keputusan Indera Kayangan itu terutamanya peningkatan undi Cina di tiga saluran bagi calon Keadilan,” jelas Azmin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti di Damansara di sini hari ini.

Tiga saluran itu, menurut beliau, ialah Pekan Lama, Pengkalan Assam dan Pekan Baru di mana peningkatan undi yang diperolehi calon Keadilan mencecah 15.4 peratus, 6.4 peratus dan 17.3 peratus masing-masing.

Azmin juga mempersoalkan sikap Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Kit Siang yang dalam kenyataannya mengenai Indera Kayangan “tidak menyentuh prestasi MCA atau mengutuk taktik kotor” parti itu demi mencapai kemenangan Sabtu lalu.

“Yang menghairankan, Lim sibuk mengkritik Keadilan. Adakah dia berucap bagi pihak BN? Nampaknya DAP sudah menjadi lebih BN dari BN sendiri,” ujarnya.

Dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan itu, calon BN-MCA Oui Ah Lan memperolehi undi majoriti sebanyak 2,592 , mengalahkan lawannya dari BA-Keadilan Khoo Yang Chong.

Semalam Lim Kit Siang mengkritik Keadilan yang mendakwa kononnya calonnya memperolehi undi orang Cina yang lebih banyak berbanding dengan pilihanraya umum 1999, dan menyifatkan dakwaan Keadilan itu “ karut”.

(AgendaDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]