Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pergunakan Polis: BN Hilang Kelayakan Memerintah
 



KOTA BHARU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini dianggap sudah hilang kelayakan untuk meneruskan pentadbiran negara ini, apabila lebih bergantung kepada pihak polis untuk mempertahankan kuasanya.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu terbukti dalam banyak tindak tanduk mereka kebelakangan ini yang mempergunakan pasukan polis secara berleluasa.
"Tindak tanduk seperti itu seumpama budak kecil yang sering merungut kepada ibu bapanya, apabila tidak mampu berdepan dengan sesuatu yang lebih sukar dihadapinya," kata beliau pada kuliah di Dewan Zulkefli Mohamad di sini, semalam.

Menurutnya, Umno dan kerajaan BN kini banyak bergantung kepada pihak polis untuk mengekalkan kuasanya yang sudah terhakis sejak pilihan raya umum ke-10 lalu.

Sebelum ini banyak rekod memperlihatkan kerajaan BN menggunakan polis untuk menghalang ceramah PAS termasuk di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil malam 10 Febuari lalu, apabila kira-kira 500 anggota polis hadir bersama 20 trak di majlis tersebut.

Hadir sama di majlis ceramah itu, Mursyidul Am PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dan Adun Lunas, Saifuddin Nasution.

Sebelum itu, polis juga digunakan untuk menghalang ceramah PAS di Kupang, Baling.

Di Pasir Mas, ceramah yang dianjurkan anggota parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Harun di padang Majlis Daerah Pasir Mas turut dihalang polis pada malam 10 Febuari lalu.

Begitu juga ceramah di kediaman Adun Pulai Chondong Haji Zulkefli Mamat di Labok turut dihalang, biarpun diadakan di tempat milik persendirian.

"Sikit-sikit duduk bergantung kepada polis... macam budak kecil pula," kata beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan diwujudkan peraturan bagi menghalang peperangan dalam bulan tertentu.

Katanya, larangan berperang berlaku empat bulan dalam setahun ketika zaman awal kebangkitan Islam iaitu termasuk Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

"Peraturan melarang berperang itu sepatutnya dikuatkuasa kembali memandangkan berlaku banyak peperangan yang membabitkan umat Islam di seluruh dunia sekarang.

"Sekiranya peraturan ini dikuatkuasa, Amerika tidak boleh lagi sewenang-wenang menggunakan keangkuhannya menyerang negara Islam di bulan tersebut," katanya.

Bagaimanapun tambahnya, peraturan itu tidak pernah difikirkan secara serius umat Islam di seluruh dunia sehingga mereka menjadi mangsa keganasan pihak kufar.



(HarakahDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]