Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Taktik Sogok Rakyat BN Makan Diri
 


KETARI: Majlis makan malam anjuran BN di sini kecoh semalam apabila penganjur mendapati satay yang disediakan tidak mencukupi bagi para pengunjung.

Ini adalah salah satu taktik klassik BN yang menghamburkan berjuta-juta ringgit untuk menyogok rakyat dengan pelbagai saguhati seperti makanan, wang ringgit, kain dan sebagainya. Bagi masyarakat Tionghua, setiap malam pesta makan malam diadakan untuk menyogok mereka.

Dalam kejadian semalam, keadaan di majlis anjuran BN itu menjadi kecoh apabila mereka mendapati satay yang sepatutnya dihidangkan kepada pengundi telah habis. Orang ramai yang hadir menyuarakan rasa tidak senang dengan kejadian itu.

Menurut seorang yang ditemui petugas keADILan, beliau menghadiri majlis-majlis sebegitu hanya untuk makan sahaja, kerana beliau pandai membezakan prestasi dan pendirian parti-parti politik yang bertanding.

Beliau memberi contoh pilihanraya umum yang lepas yang mana pesta yang serupa diadakan, tetapi undi masyarakat Cina banyak berpihak kepada calon BA ketika itu.

Sementara itu, pemimpin BN mula membuat tuduhan bahawa petugas-petugas DAP 'mencuri' satay-satay mereka.

Menjawab tuduhan secara semborono ini, Ketua Penerangan DAP Ronnie Liu meminta BN menyemak semula sama ada mereka tidak menyediakan cukup satay untuk menyogok pengundi.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net